RAHSIA NAK MANFAATKAN UNTUNG EMAS TAHUNAN SEPERTIMANA DIVIDEN ASB
Rahsia nak manfaatkan untuk emas tahunan untung emas tahunan sepertimana dividen ASB. Kita mesti selalu tertanya-tanya..kalau ASB, bila cukup tahun je..mesti dapat dividen..lepas itu boleh la enjoy dengan duit dividen itu..tukar sport rim keta, beli baju baru, motor baru ke..kan..? tapi..kalau emas macam mana plak? pening jugak kan nk pikir..
SOALAN 1 : Jika melabur dalam ASB, saya dapat ambik dividen tiap-tiap tahun untuk melancong, belanja anak sekolah, top up OD/ASB dan lain-lain lagi dengan mengekalkan nilai pelaburan asal untuk mengutip sejumlah dividen lagi pada tahun berikutnya. Jadi, dalam pelaburan emas ni, camne nak ambik duit dividennya? Adakah saya terpaksa jual emas untuk mendapatkan untungnya, pastu kena beli balik? (which is harganya lebih tinggi lagi) untuk jana untung tahun seterusnya.
JAWAPANNYA:
Sebelum kami menjelaskan dengan lebih lanjut soalan yang dinyatakan, ulasan kami adalah : Sebagai orang Islam yang hidup di zaman teknologi ICT, maklumat dihujung jari, tanya saja pada Uncle GOOGLE, dia akan kasitau semuanya. So, kita boleh dapatkan info pelaburan ASB sebenarnya adalah haram. Namun, diisytiharkan HARUS oleh Majlis Fatwa Kebangsaan atas dasar kemaslahatan ummah, bukan kerana halal proses urusniaga dan pelaburannnya. Oleh itu, orang kata nak seribu daya..tak nak seribu dalih..
Pada kami bagi yang tahu, kita wajib meninggalkan ASB dan kita pakat push PNB menghalalkan urusniaga ASB ini. Jika kesatuan Islam bergabung dan dengan kekuatan 'suara' MFK, maka kita umat Islam Malaysia boleh mendesak kerajaan dan PNB menghalalkan ASB. Semua pakat diam tidak berbuat apa-apa, pastu dok kata kita tak ada kuasa. Kita ada kuasa sebenarnya, bila kita semua sepakat ugut nak keluarkan duit ASB, mesti PNB gelabah dan cepat-cepat ambik tindakan sewajarnya.
Pada hari ini mereka membeli emas sebanyak 50K dengan pecahan berikut :
i. 50 gram - RM9,250.00 X 4 keping = RM37,000.00
ii. 100 gram - RM18,000.00 X 1 keping = RM18,000.00
Total investment = RM55,000.00
Pada hujung tahun iaitu bulan 12, diandaikan kenaikan 37%..oleh itu nilai emas mereka telah menjadi:
i. 50gram - RM9,250.00 X 37% = RM3,422.50
- RM9,250.00 + RM3,422.50 = RM12,672.50
- RM12,672.50 X 4 keping = RM50,690.00
ii. 100gram - RM18,000.00 X 37% = RM6,660.00
- RM18,000.00 + RM6,660.00 = RM24,660.00
Nilai emasnya telah menjadi : RM50,690.00 + RM24,660.00 = RM75,350.00
Keuntungannya adalah RM75,350.00 - RM55,000.00 = RM20,350.00
Kalau nak guna nilai keuntungan tersebut : Jual lah emasnya sebanyak 2 keping 50gram :
RM12,672.50 X 2 = RM25,345.00
Dengan itu, walaupun emasnya berkurang dari segi berat, tetapi nilainya masih sama seperti modal asal.
Jika dalam ASB, mereka menabung tiap-tiap bulan, maka simpan emas pun sepatutnya mereka beli tiap-tiap bulan. Maka pada akhir tahun mereka jual sebahagian emas untuk menggunakan keuntungan yang diperolehi, tetapi nilai emas yang masih sama seperti modal asal (ataupun bertambah disebabkan dok tambah emas tiap-tiap bulan) depend kepada perancangan dan matlamat masing-masing.
SOALAN 2 : Saya nak jual emas kat sape ye?? Prosesnya camne? mudah ker?
JAWAPANNYA :
Berkenaan nak jual semula kat sape, just contact mana-mana agen atau jual ke Tamis Gold sendiri. Harga pula ikut harga semasa. Just bagitau nak jual balik, setuju harga then bolehlah buat date untuk berurusniaga..Senang kan??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan