Isnin, 9 Januari 2012

SAMPAI BILA HARGA EMAS BOLEH BERTAHAN?

Semalam Tamis Gold ditanya oleh seorang pelabur tentang pelaburan emas, Tamis Gold pun memberikan pendangan peribadi tentang pelaburan emas ini hinggakan kesemua orang sibuk membeli pelaburan emas dan membeli emas dalam bentuk bentuk jongkong.

Sebelum Tamis Gold pergi lebih lanjut tentang pelaburan ini baik kita kaji dulu apakah faktor yang menyebabkan nilai emas melambung tinggi? baiklah faktor penyebabnya ialah:

a. Harga Emas Pasaran Dunia Di Dorong Dengan Pergerakan Nilai US Dollar
USDollar merupakan matawang antarabangsa dan semua transaksi antarabangsa menggunakannya untuk berjual beli. Nilai US Dollar semakin lama semakin jatuh berbanding dengan nilai matawang ;ain berpunca daripada krisis hutang subprima di Amerika dan krisis ini berjangkit hingga ke blok Eropah yang menggunakan matawang EURO, Amerika sibuk mencetak wang baru di tambah pula hutang negara tersebut sudah mencapai USD1.4 Trillion!, perkara ini berlaku di sebabkan Amerika terpaksa membeli Bond korperat di dalam negara tersebut yang kebanyakan sudah muflis dan pada masa yang sama kadar faedah negara tersebut masih hampir mencecah kepada kosong peratus, perlu di ingat kadar faedah adalah elemen penting bagi sebuah negara tersebut dalam memberi dan mendapatkan pinjaman untuk di jana oleh ekonomi Amerika. Kadar faedah yang hampir kosong ini menyebabkan nilai Dollar jatuh berbanding dengan matawang lain dan ini mengakibatkan pedagang-pedagang boleh memberli barang atau saham dengan harga yang sangat murah. Anda boleh ketahui kekuatan dan kelemahan USD Dollar ini apabila melakukan pertukaran matawang asing, sebgai contoh tukaran Ringgit berbanding US Dollar Amerika semakin mengukuh, UOB research menyatakan dalam nota penyelidikannya bahawa nilai ringgit boleh mencecah RM 2.95 pada akhir tahun 2011.

b. Portugal, Ireland, Greece dan Sepanyol
Mereka ini adalah negara yang digelar sebagai PIIGS, kesemua negara tersebut mengalami defisit hutang melampau dan tidak mampu membayar balik pinjaman kepda negara luar tepat pada masanya ianya berpunca kesan dan krisis subprima di Amerika, jadi orang yang memainkan peranan penting di dalam situasi ini ialah IMF atau tabung kewangan antarabangsa, masih ingat kah kita pada tahun 1997 dimana negara kita dilanda kegawatan ekonomi dan IMF bermurah hati ingin meminjamkan wang kepada negara kita. Tetapi kita tidak mengambilnya. IMF adalah organisasi yang memberikan pinjaman kepada negara asing yang menghadapi masalah kewangan dan hutang yang tidak terurus. IMF mengumumkan sedia memberi EURO 4.6 billion tambahan kepada Greece yang di lobi oleh Perancis dan Jerman supaya menyelamatkan Greece dan nilai EURO malahan ada orang memberitahu Greece sekarang ini sudah menjadi tanah jajahan Jerman secara langsung.
Sebenarnya situasi 5 negara ini yang menghadapi masalah kejatuhan matawang Euro disebabkab oleh
tidak terurus mnyebabkan pelabur komoditi Billionair terkenal Jim Rogers amat terkejut, beliau menyebut nilai komoditi seperti emas dan pertanian akan meningkat di sebabkan nilai US Dollar dan Euro jatuh mendadak ddi dorong oleh pembelian secara agresif oleh pelabur Hedge Fund dan lain-lain lagi.

c. Inflasi Serata Dunia
Inflasi menyumbang utama harga Emas melonjak tinggi dan ianya berlaku apabila nilai US Dollar semakin jatuh dan pelabur dan pembeli boleh membeli komoditi selain emas dengan kadar yang banyak di pasaran antarabangsa. Pada masa yang sama komoditi tersebut semakin berkurangan aibat pembeli yang besar seperti China dan India sentiasa membeli komoditi seperti minyak, besi dan sebagainya untuk keperluan domestik mereka, apabila inflasi meningkat pelabur terus membeli Emas sebagai "pelindung" dari inflasi yang memakan nilai matawang, hinggakan komoditi makanan dan pertanian tidak terlepas oleh keadaan inflasi tersebut, bayangkan pada tahun 2009 anda boleh membeli kuih Akok pada harga RM1 untuk 3biji sekarang RM2 untuk 5 BIJI.



Jadi fikir-fikirkanlah!!



Tiada ulasan: