JONGKONG EMAS ATAU BARANG KEMAS??
Ramai yang tertanya-tanya mana satui lagi ok, beli barang kemas atau beli gold bar untuk pelaburan? untuk menjawab persoalan ini pertamaya kita kena lihat kelebihan dan kekurangan barang kemas sebagai pelaburan serta kelebihan jongkong emas sebagai pelaburan.
Kelebihan Barang Kemas Sebagai Pelaburan:
i. Semestinya barang kemas di bentuk supaya nampak cantik dan sesuai untuk digayakan oleh si pemakai. Jadi pelaburan melalui barang kemas memberi kepuasan kepada pembeli kerana dapat memaksimumkan penggunaan emas yang dibeli iaitu boleh dipakai dan digayakan.
ii. Emas dalam bentuk barang kemas mempunyai nilai sentimental value yang tinggi dan mengerat kasih sayang diantara pemberi dan penerima, menjadikan ianya akan disimpan lama bagi menghargai sentimental value tersebut dan secara tidak langsung telah menjadi pelaburan jangka panjang yang baik.
iii. Sepanjang masa harga kemas semakin meeningkat harganya, cuba imbas kembali berapakah harga barang kemas semasa perkahwinan ibu bapa kita dahulu dan bandingkan dengan harga sekarang, barang kemas boleh dijual apabila harga meningkat.
iv. Barang kemas boleh dijadikan sumber mendapatkan cash segera dan sumber modal untuk perniagaan yang terbaik kerana ianya boleh digadaikan di Ar-Rahnu untuk mendapatkan cash. Sebaiknya belilah barang kemas berketulenan 999 kerana nilainya tinggi jika dibandingkan dengan emas 916.
Kekurangan Barang Kemas Adalah:
i. Harga barang kemas biasanya lebih tinggi jika dibandingkan dengan harga jongkong emas, biasanya harga dijual dengan harga FGJAM namun ada juga dijual rendah daripada harga FGJAM.
ii. Koas upah (workmanship) menyebabkan harga barang kemas agak tinggi berdanding gold bar, semakin cantik design semakin sukar barang kemas untuk dibentuk maka semakin tinggilah kos upahnya.
iii. Disebabkan ianya adalah untuk perhiasan pengguna biasanya terpengaruh untuk membeli emas yang mempunyai batu permata yang tidak diambil kira dalam menimbang berat emas semasa barang kemas hendak dijual nanti.
iv. Susut nilai barang kemas juga lebih tinngi jika dibandingkan dengan gold bar iaitu diantara 20%-40% kerana apabila keluar sahaja daripada kedai emas ianya telah dikira used gold.
v. Barang kemas berfesyen juga mudah rosak (putus, bengkok, kemek) dan menjadikan nilai susutnilai semakin tinggi kerana dikira sebagai emas rosak.
Kelebihan Jongkong Emas Sebagai Pelaburan:
i. Harga Jongkong Emas biasanya leih murah jika dibandingkan dengan harga barang kemas jadi ianya pelaburan yang baik.
ii. Jongkong emas lebih mudah untuk disimpan berbanding barang kemas, bentuknya yang kecil dan simple membolehkan ianya disimpan mengikut kreativiti masing-masing asalkan ianya selamat dan tidak hilang.
iii. Susut nilai Jongkong Emas biasanya lebih rendah jika dibandingkan dengan barang kemas kerana ianya adalah emas jenis solid dan berketulenan 999 (24K)
iv. Jongkong emas juga lebih tahan lasak dan tidak mudah rosak seperti barang kemas, jadi nilai nya sentiasa dapat dikekalkan tampa perlu bimbang susut nilai tambahan kerana kerosan seperti wujud pada barang kemas.
v. Perbezaan jual beli ( Spread Jongkong Emas juga lebih rendah iaitu sekitar 5%-8% berbanding barang kemas sekitar 10%-30%. Perbezaan yang tinggi menyebabkan pelabur lambat mendapat keuntungan.
vi. Dari segi target untuk jualan semula, jongkong emas lebih besar marketnya kerana pembeli boleh terdiri daripada kaum lelaki dan juga perempuan, sementara barang kemas biasanya targetmarket lebih kepada kaum wanita.
Jadi beli barang kemas atau beli jongkong emas untuk pelaburan adalah lebih baik?nasihat Tamis Gold adalah ianya bergantung kepada tujuan dan situasi kewangan anda, bagi pelabur biasa yang mempunyai saving yang stabil dan tidak perlu untuk mendapatkan tunai segera, membeli jongkong emas sebagai pelaburan adalah yang terbaik untuk anda, sementara bagi pelabur yang kadangkala memerlukan tunai segera untuk pusingan modal membeli barang kemas adalah terbaik untuk anda kerana di kala memerlukan tunai segera bagi tujuan modal perniagaan anda boleh menggunakan stok barang kemas untuk di pajak di ar-rahnu bagi mendapatkan tunai segera, namun harus diingat disiplin amat penting bagi memastikan barang kemas anda dapat ditebus semula setelah memperoleh keuntungan daripada perniagaan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan