Isnin, 20 Februari 2012

AR-RAHNU AGRO-BANK

Ar-Rahnu merupakan skim pajak gadai secara Islam di mana bank memberi pinjaman berdasarkan prinsip Syariah Al-Qardul Hassan dan pelanggan mengemukakan barang kemas sebagai cagaran. Barang kemas tersebut disimpan mengikut prinsip Al-Wadiah Yad Dhamanah dengan mengemukakan upah simpan.

Kelebihan Skim Ar-Rahnu :
1. Pembiayaan mengikut Syariah
2. Cepat, mudah dan selamat
3. Lebih murah
4. Kadar upah tetap tidak berubah sehingga penebusan penuh.
5. Tempoh gadaian lebih lama
6. Kelayakan pemohon
7. Terbuka kepada semua individu warganegara Malaysia
8. Berumur 18 tahun ke atas
9. Had gadaian : Maksimun RM50,000 @ RM10,000 sehari
                          Minimun RM100

Jenis Barang Gadaian

Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti :
- Rantai
- Subang
- Cincin
- Gelang tangan dan gelang kaki
- Kerongsang
- Duit syiling emas dan emas keping

Lain-lain
* Emas paun dan emas putih (platinum) tidak diterima oleh Bank

Kadar Upah Simpan
Penebusan Gadaian
Penebusan gadaian boleh dibuat secara ansuran sekaligus atau pada bila-bila masa sebulan atau pada tarikh matang.

Cara memohon
1. Isi borang permohonan
2. Satu salinan Kad Pengenalan
3. Barang kemas yang hendak digadai
4. Hantar ke Ar-Rahnu untuk pemerosesan dan dapatkan tunai segera

* Tertakluk kepada syarat dan peraturan tanpa sebarang notis. Maklumat lanjut sila layari www.agrobank.com.my
* Tertakluk kepada perubahan nilai pinjaman semasa

Terdapat 5 terma baru yang sangat membantu pelabur emas iaitu :

1. Margin pinjaman 70% diberikan walaupun ia gadaian pertama
Dahulu gadaian pertama cuma boleh dapat 60% daripada nilai emas, kali kedua gadai baru dapat 70%. Sekarang anda boleh memperolehi terus pinjaman maksima 70% daripada nilai emas walaupun pertama kali meggadai. Semakin tinggi nilai pinjaman, semakin besar peluang kita untuk menjana keuntungan dengan hasil pinjaman tersebut...money is only a tool to make more money.

2. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999.9 (RM190.00 segram)
Sebelum pengumuman terma baru ini, rate untuk emas 999.9 adalah RM126/gram. Jadi, pada nilai ini anda cuma boleh meminjam sebanyak RM88.20 (70% daripada RM126) bagi setiap gram emas yang anda gadaikan. Dengan peningkatan nilai kepada RM190.00/gram maka kini anda boleh meminjam RM133.00 (70% daripada RM190.00) bagi setiap gram emas yang anda gadaikan. Rate ini akan berubah dari masa ke semasa mengikut harga emas semasa dunia.

3. Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,00
Sebelum ini, pinjaman maksima yang boleh diberikan oleh Ar-Rahnu Agrobank ialah RM50,000 (RM10,000 sehari x 5 hari). Sekarang kita boleh meminjam sehingga RM150,000 (RM50,000 sehari x 3 hari). Dengan kata lain anda boleh menukar 1.4 kilo emas kepada tunai di Ar-Rahnu Agrobank.

4. Tempoh gadaian dipanjangkan kepada 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan
Sebelum ini Ar-Rahnu Agrobank cuma memberikan tempoh gadaian 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (selepas 6 bulan sambung 3 bulan, lepas tu sambung 2 bulan lagi). Sekarang anda boleh sambung kontrak gadaian kepada 6 bulan sambung lagi 6 bulan (jumlah semua 18 bulan)

5. Promosi upah simpan adalah RM0.60 untuk RM100 nilai emas (bagi 70% pinjaman)
Rate upah simpan yang ditawarkan oleh Agrobank adalah sangat menarik iaitu cuma 0.60sen bagi setiap nilai marhum RM100 dan bagi pinjaman 70%.

Tiada ulasan: