SEJARAH WANG USA : IANYA ADALAH EMAS DAN PERAK
Jom kita tengok sejarah perubahan wang kertas Amerika yang dijadikan antara wang kertas paling banyak digunakan di dunia, walhal ia hanyalah sekeping kertas yang dibubuh tanda nilai. Hmmm...mybe kita patut beralih kepada emas dan perak seperti yang terkandung di dalam hadis;
"Beralih kepada satu tukaran yang nyata dan ideal"
Apapun, sebagai sedikit paparan sejarah, wang 100 dollar terkini memaparkan wajah seorang negarawan US iaitu Benjamin Franklin yang juga merupakan seorang perekacipta dan juga diplomat. Note USD100 adalah merupakan satu-satunya wang kertas US yang tidak memaparkan gambar presiden Amerika.
Baiklah, tujuan utama artikel ini adalah untuk berkongsi satu fakta mengenai wang. Apa itu wang dan mengapa wang mempunyai nilai. Untuk memahami perkara ini kita perlu belajar daripada sejarah kerana sejarah tidak pernah menipu.
Marilah sama-sama kita tonton satu video yang sangat menarik. Ianya berkisar tentang sejarah matawang USA dan video ini membuktikan wang yang sebenar ialah emas dan perak.Ia juga membuktikan bahawa penggunaan wang fiat (wang yang tidak disandarkan pada aset bernilai) akan merosakkan ekonomi sesebuah negara dalam jangka masa panjang.
Daripada video ini kita dapat belajar beberapa fakta berharga iaitu :
1. Wang yang sebenar ialah emas dan perak.
2. Wang kertas yang dikeluarkan dahulu sebenarnya disokong oleh emas dan perak.
3. Wang kertas yang bersandarkan dengan nilai emas dan perak adalah sangat stabil. Inflasi tidak akan berlaku kerana bilangan emas dan perak yang terhad.
4. Apabila wang kertas tidak lagi disandarkan dengan nilai emas dan perak, maka nilai wang akan jatuh. Ini kerana wang kertas boleh dicetak sewenang-wenangnya menyebabkan banyak wang kertas yang akan masuk ke dalam pasaran.
5. Penggunaan wang fiat memang akan memudaratkan ekonomi dan masyarakat dalam jangka masa panjang.
Oleh yang demikian, boleh kita simpulkan bahawa kekayaan sebenar terletak pada emas dan perak, bukannya wang kertas. Kepada akan semua, apa tunggu lagi??Ayuhlah kita simpan emas..Dengan menyimpan emas, kita sebenarnya menyimpan kekayaan sebenar...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan