Ahad, 12 Februari 2012

PERSIAPAN MINDA SEBELUM MEMULAKAN PELABURAN EMAS

Kali ini Tamis Gold akan berkongsi cara-cara membuat keuntungan dengan emas. Sudah pasti topik ini sangat menarik dan akan memberi pulangan yang lumayan jika anda memahami dan menguasai teknik-teknik yang akan kami berikan nanti.
Namun begitu, perlulah siapkan minda anda terlebih dahulu ye..Bila minda dah sedia, semuanya akan menjadi senang belaka...

Sebagai seorang pelabur emas, anda perlulah memahami perkara-perkara tersebut :
  1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan menguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran itu penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik dan turun.
  2. Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang. Beli emas dulu kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.
  3. Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam jangka masa panjang harganya akan meningkat naik.
  4. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas. Ya, anda perlu melabur sambil berniaga.
  5. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan pulangan lumayan jika anda melabur dengan syarikat mereka (Contohnya memberikan pulangan tetap 2%-3% sebulan). Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.
  6. Semakin banyak ilmu anda perolehi maka menjana pendapatan dengan emas adalah lebih mudah. Justeru anda perlu rajin untuk membaca laman-laman web yang berkaitan dengan emas.Contohnya :
           i. Kitco (www.kitco.com)
           ii. The Bullion Desk (www.thebulliondesk.com)
           iii. Goldsilver.com (goldsilver.com)
           iv. Mineweb (www.mineweb.com)
           v. Casey Research (www.caseyresearch.com)
           vi. Bullionvault Gold News (goldnews.bullionvault.com)
           vii. World Gold Council (www.gold.org)

Selamat melabur....

Sumber : jutawanemas

Tiada ulasan: