Sabtu, 11 Februari 2012

RUJUKAN BUAT SI PELABUR EMAS

Salah satu cara terpantas untuk kita mendapatkan ilmu adalah dengan membaca buku..betul tak? Jadi,kali ini Tamis Gold ingin berkongsi ilmu dengan anda semua.

Untuk pengetahuan anda, buku-buku mengenai pelaburan emas tidak begitu banyak di kedai-kedai buku di Malaysia. Jadi, jalan yang terbaik untuk mendapatkan buku-buku ini ialah melalui internet. Lagipun,sekarang kan zaman cyber..tekan jer www.amazon.com.. Klik,anda akan dapat membeli buku di web ini kerana bermacam-macam buku mengenai pelaburan emas dijual.

Walaupun bermacam maklumat anda boleh tahu melalui internet, namun jika anda serius untuk memahami tentang pelaburan emas..eloklah anda beli buku untuk panduan anda. Hal ini kerana buku-buku yang dijual di amazon di tulis oleh mereka-mereka yang pakar dalam bidang ini. Buku juga mudah dibawa ke sana, ke mari..Kalau free, boleh baca sambil minum kopi..he3..

Antara buku-buku yang femes dan anda perlu baca ialah :
1. The ABCs of Gold Investing : How to Protect and Build Your Wealth with Gold oleh Michael J. Kosares
Buku ini menarik untuk dibaca terutama bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan emas.

2. Precious Metals Investing For Dummies oleh Paul Mladjenovic
Paul Mladjenovic merupakan seorang perunding kewangan dan konsultan pelaburan. Gaya penulisan yang bersahaja, kelakar dan menyelitkan cerita sebenar klien beliau membuatkan buku ini menarik. Isi kandungan merangkumi kaedah pelaburan di dalam logam berharga, bukan sekadar emas dan perak.

3. Buy Gold Now : How a Real Estate Bust, our Bulging National Debt and the Languishing Dollar Will Push Gold to Record Highs oleh S.McGuire

Ok, selamat membeli dan selamat membaca ye...

Tiada ulasan: