Sabtu, 24 Mac 2012

BERHUTANG UNTUK MEMBELI EMAS???BERBALOI KE?

Kali ini Tamis Gold ingin berkongsi sedikit ilmu dan tips kerana mungkin di kalangan anda yang masih ragu-ragu untuk membuat pelaburan dalam emas.

TEKNIK BELI DAN SIMPAN

Adakah anda pernah menyesal dan memikirkan risiko kerugian yang bakal dihadapi apabila anda berhutang untuk membeli sesuatu yang susut nilainya seperti kereta, TV, sofa, peti ais dan barang-barang yang lain?? Mungkin anda tidak terlalu bimbang akan risiko kerugiannya kerana anda dapat memanfaatkan kemudahannya dalam kehidupan seharian. Tetapi mengapa anda terlalu bimbang untuk berhutang bagi tujuan pembelian sesuatu yang meningkat nilainya seperti emas?Bukankah pemahaman anda berkenaan pengurusan kewangan dan risiko sudah terbalik?

Contoh: Anda berhutang RM100,000 daripada bank dan kesemuanya anda gunakan untuk membeli emas bagi tujuan pelaburan. Ambil purata kenaikan emas tahunan sekitar 25%, hanya selama 4 tahun sahaja anda telah menggandakan wang RM100k itu tadi. Nah, anda dah boleh jualkan sebahagiannya dan bayar semula pinjaman RM100k yang anda gunakan sebagai modal tadi.
Kini, anda telah memiliki sejumlah emas bernilai RM100k secara percuma!! Jika tempoh masa kenaikan harga emas agak perlahan sekalipun istilahnya 'Worst Case Scenario', mungkin purata kenaikannya hanya sekitar 15% setahun, anda hanya memerlukan tempoh masa selama 7 tahun untuk menggandakan nilainya!!

Jika anda membuat loan ASB sebanyak RM100k selama 20 tahun, jumlah bayaran bulannanya adalah lebih kurang sama dengan jumlah bayaran untuk Personal Loan sebanyak RM100k bagi tempoh 20 tahun.
Tetapi bolehkah pelaburan ASB menggandakan modal asal anda dalam temph masa 4-7 tahun sahaja? Jika anda menggunakan dividen tahunan untuk bayaran bulanan pada tahun-tahun berikutnya, bermakna anda hanya akan mendapat RM100k selepas tempoh matang selama 20 tahun itu.
Cuba anda tukarkan konsep itu dengan membuat Personal Loan dan membeli emas, dalam jangkamasa 20 tahun agak-agak berapa kilo emas yang anda dapat kumpulkan?

Mengapa kami cadangkan Personal Loan selama 20 tahun?
Walaupun interestnya agak tinggi, tetapi bayaran bulanannya adalah rendah, dan kita perlu mengambil kira sekiranya berlaku keadaan 'Worst Case Scenario', maka kita tidak akan terbeban untuk meneruskan bayaran bulanan untuk jangkamasa beberapa tahun lagi, itulah rasionalnya.

Jangan dirisaukan tahun yang panjang kerana anda telah merancang untuk menyelesaikannya dalam jangkamasa yang lebih awal. Jangan dibimbangi akan kadar interest yang tinggi, kerana kadar yang tinggi hanya akan dirasai dalam jangkamasa yang panjang dan ianya juga agak berbaloi untuk membayar interest yang agak tinggi sedikit bagi jangkamasa 20 tahun kerana kesannya anda dapat membuat backup plan untuk pelaburan anda sekiranya berlaku situasi diluar jangkaan.
Wallah'hualam...

Tiada ulasan: