Khamis, 22 Mac 2012

WOW...PELABURAN HANGAT MASA KINI!!

Pelaburan emas sudah menjadi fenomena biasa dewasa ini. Dari surirumah,pelajar, drebar bas, pensyarah, guru, engineer, pegawai tinggi kerajaan hingga polis pencen terlibat dalam pelaburan emas. Apa yang menariknya dengan pelaburan emas ini???...Yang menariknya ialah disamping kita menyimpan secara tidak langsung boleh menjalankan perniagaan. Malah barang yang kita simpan itu dalam jangkamasa panjang(at least setahun) nilainya semakin naik. Malah, zakat yang dikeluarkan mampu membantu ummah.
Jom kita lihat lagi:

1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan menguntungkan pelabur tetapi kena tahu tempoh masa yang perlu dibuat bagi pelaburan ini. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik dan turun.

2. Sifat harga emas adalah turun naik tetapi di dalam jangka masa panjang harganya akan bergerak naik.

3. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas.

4. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas yang menawarkan pulangan lumayan. Ini kerana risiko adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah bungkus dan ramai yang telah kerugian besar. Pelaburan yang sebenar ialah pembelian emas secara fizikal iaitu beli emas dapat emas.

5. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru, anda perlu rajin membaca dan bertanya.

Tiada ulasan: