EMAS YANG MENGUNTUNGKAN
HARGA emas tidak berubah semalam selepas mencatatkan peningkatan lebih daripada satu peratus pada sesi sebelumnya kerana pelabur menunggu petunjuk daripada pasaran matawang dan harga minyak sebelum meningkatkan pegangan masing-masing.
Logam berharga itu mencatatkan peningkatan harian tertingginya dalam tempoh sebulan pada Jumaat lalu, berikutan peningkatan harga minyak dan kejatuhan dolar Amerika Syarikat (AS) susulan data pasaran perumahan AS yang mengecewakan. Harga emas jatuh hampir dua peratus setakat ini dan kekal menerima tekanan jualan berikutan pemulihan ekonomi AS yang lebih cerah, kadar faedah yang tinggi dan permintaan fizikal yang lemah, kata peniaga.
"Keadaan ketika ini tidak mendorong kepada pembelian emas. Kami melihat terdapat pertumbuhan perlahan ekonomi disusuli penyusutan inflasi di China yang menjejaskan belian emas", kata peniaga di Lee Cheong Gold Dealers yang berpangkalan di Hong Kong, Ronald Leung.
Harga emas berada pada paras AS$1,662.29 seauns selepas mencecah paras tertinggi dalam satu minggu pada AS$1,669.26. Emas AS berada pada paras AS$1,662.20. Permintaan fizikal dari India, iaitu pembeli logam emas terbesar dunia kekal menjadi kebimbangan utama dengan pembeli emas enggan memasuki pasaran selepas kerajaan mengumumkan peningkatan duti import terhadap logam berharga itu.
Indeks dolar AS meningkat daripada paras terendahnya dalam tempoh dua minggu yang dicatatkannya pada Jumaat lalu, sekaligus menjejaskan sentimen terhadap komoditi yang dijual dalam dolar AS kerana ia membuatkannya mahal kepada pembeli yang memegang mata wang lain. Data ekonomi AS yang memberangsangkan baru-baru ini, rali yang kukuh di Wall Street dan peningkatan dalam hasil Perbendaharaan AS mengurangkan minat belian pelabur kepada emas, tetapi sesetengah penganalisis pasaran percaya rali emas belum berakhir.
"Masih ada peluang untuk kita melihat pengulangan dalam data AS kerana ekonomi masih berada dalam pemulihan rapuh, yang akan membawa kepada spekulasi pengurangan kuantitatif, dan ini amat positif bagi emas," kata Penganalisis Pasaran di Jinrui Futures yang berpangkalan di China, Hou Xinqiang
-REUTERS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan