Rabu, 28 Mac 2012

"RUFF'S LITTLE BOOK OF BIG FORTUNES IN GOLD AND SILVER, A MIDDLE CLASS LICENSE TO PRINT MONEY"

Kali ini kami ingin berkongsi maklumat yang diperolehi dari sebuah buku yang ditulis oleh Howard Ruff bertajuk "RUFF'S LITTLE BOOK OF BIG FORTUNES IN GOLD AND SILVER, A MIDDLE CLASS LICENSE TO PRINT MONEY"..Ruff merupakan seorang penulis, penasihat kewangan dan gemar melakukan aktiviti-aktiviti kemanusiaan. Sebagai seorang penulis, beliau telah menulis satu newsletter kewangan yang bertajuk The Ruff Times.Newsletter ini telah ditulis beliau selama 33 tahun.

Pada bulan Julai 1975, beliau telah menggesa pembaca newsletternya untuk membeli emas (ketika itu berharga USD120/Oz) dan perak (USD2/Oz). Lima tahun kemudian (tahun 1980), beliau telah mencadangkan pembaca newsletter beliau untuk menjual emas dan perak tersebut (harga emas ketika itu USD750/Oz dan harga perak ilah USD35/Oz).
Wow...untung besar tu..

Selepas itu, selama 20 tahun beliau telah mencadangkan agar pembaca newsletter beliau membeli saham, bon, hartanah dan juga pelaburan tradisi yang lain. Ini kerana beliau telah memaklumkan kepada pembacanya bahawa trend kenaikan harga emas dan perak sudah berakhir pada tahun 1980. Kemudian, pada tahun 2006 beliau telah  menulis buku yang bertajuk Ruff's Little Book of BIG FORTUNES IN GOLD and SILVER, A Middle Class License to Print Money".

Beliau menjangkakan emas dan perak akan menjadi pelaburan yang menguntungkan sekali lagi..kenaikan besar harga emas dan perak akan berlaku lagi. Beliau menyatakan bahawa kesilapan terbesar seseorang pelabur pada waktu ini ialah jika tidak mengambil peduli tentang emas dan perak. Ini kerana emas dan perak masih berada di peringkat awal kenaikan harga.

Jangkaan beliau?emas boleh mencecah USD2172/Oz dan Perak boleh mencecah USD100/Oz.(setakat ini emas USD1689.90/Oz dan Perak USD32.84/Oz)..Nampak tak...Beliau menerangkan terdapat 3 fungsi utama emas dan perak yang perlu difahami oleh individu. Justeru saya ingin berkongsi dengan pembaca agar ianya jelas kepada kita tentang matlamat membeli, menyimpan dan membuat pelaburan emas :
1. Syiling emas dan perak sebagai insurans (non-investment)
2. Emas dan perak sebagai rizab kerajaan bagi menyokong nilai matawang negara (non-investment)
3. Emas dan perak sebagai satu pelaburan apabila tiba masa yang tepat dan sesuai.

Huraian :
1. Emas dan perak sebagai insurans
Kita perlu memiliki emas dan perak sebagai persediaan terhadap situasi-situasi yang tidak terjangka. Sebagai contoh, berlakunya rusuhan, peperangan, hyper inflasi atau virus komputer dimasukkan ke komputer bank negara menyebabkan wang dalam sistem perbankan lesap.Hmm..maybe nampak macam susah nak berlaku kan??Tapi dalam dunia yang serba moden ni..dan ramai penggodam komputer yang 'berwibawa'..Akan ada kemungkinan untuk semua itu berlaku. Jadi, ianya lebih kepada insurans. Seperti insurans rumah dan kereta, ianya bertujuan melindungi kekayaan kita, just in case tragedi berlaku. Ini kerana apabila wang kertas tidak boleh digunakan maka emas dan perak boleh digunakan sebagai wang.

2. Emas dan Perak sebagai rizab menyokong nilai matawang negara (non-investment)
Emas dan perak telah lama menjadi penyokong nilai matawang sesebuah negara. Amerika Syarikat sebagai contoh dahulunya mempunyai standard emas dan perak yang tersendiri di mana setiap US Dollar yang dicetak akan disokong oleh nilai emas/perak yang sama nilainya di dalam simpanan. Sehingga tahun 1934, sesetengah wang kertas Amerika boleh ditukar dengan emas/perak yang sama nilainya.

3. Emas dan perak sebagai satu pelaburan apabila tiba masa yang tepat dan sesuai
Bagi Howard Ruff, apabila tiba masa yang tepat, emas dan perak boleh menjadi pelaburan yang sangat menguntungkan. Kita mendapat keuntungan apabila membeli pada harga rendah dan menjual semula pada harga yang tinggi. 
Soalan??Bila masa yang tepat untuk membeli emas?
Jawapan : Sekarang!
Ruff menjangkakan akan berlaku kenaikan tinggi harga emas dalam tempoh 8-13 tahun (daripada tahun 2006). Sebarang pelaburan di dalam emas dan perak akan memberikan pulangan yang sangat lumayan kepada pelabur. Beliau juga berkata, sesiapa yang tidak mempedulikan emas dan perak sekarang akan rugi besar.
Kata-kata Ruff yang dipetik dari bukunya.

So,sedara sedari sekalian..Marilah mengaut keuntungan daripada pelaburan emas dari sekarang..Ayuh..apapun harga emas sekarang..kita beli jer..sebab dalam jangka masa panjang kita tetap akan untung...

Belilah emas sekarang.....Merugikan???Tidak...Menguntungkn???Ya....

Tiada ulasan: