KENAIKKAN HASIL PERBENDAHARAAN ADALAH KONSISTEN DENGAN PANDANGAN YANG
AMAT YAKIN TERHADAP EKONOMI AS
EMAS meningkat lebih rendah, semalam ketika unjuran ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang cerah memesongkan minat terhadap komoditi selamat itu, manakala pasaran ekuiti yang memberangsangkan mendorong pelabur untuk mengambil wang daripada jongkong emas itu.
Jangkaan pelonggaran lanjut monetari di seluruh dunia di tengah-tengah prospek pertumbuhan yang lembab meningkatkan pelaburan dalam emas sebagai lindung nilai terhadap inflasi, meningkatkan harga emas sebanyak 14 peratus tahun ini, hampir dengan AS$1,800 seauns. Tetapi minat terhadap komoditi itu mulai berkurangan dengan data AS yang meyakinkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini meningkatkan keyakinan pelabur dalam pemulihan ekonomi terbesar di dunia itu.
"Pelabur mencari pilihan pelabur lain kerana mereka kurang prihatin mengenai pertumbuhan ekonomi dan lebih mahu menumpang rali ekuiti, yang jelas berkesan berbanding beberapa sebab lain mengapa orang membeli emas,"kata Jeremy Friesen, Pakar Strategi Komoditi di Societe gEnErale, Hong Kong.
Penanda aras S&P 500 pada Isnin lalu mengalami lonjakan ke paras tertinggi sejak Mei 2008 dan 10 peratus di bawah penutupan rekod 1,565.15 set pada Oktober 2007. Indeks meningkat 12 peratus setakat ini pada tahun ini mengatasi keuntungan emas sebanyak enam peratus. Friesen, bagaimanapun mengingatkan bahawa momentum pemulihan di AS boleh merosot, meletakkan tekanan kembali kepada Rizab Persekutuan untuk memastikan kadar faedah rendah bagi menyokong pertumbuhan.
"Kenaikan hasil perbendaharaan adalah konsisten dengan pandangan yang amat yakin terhadap ekonomi AS tetapi kita tidak fikir ia masih menjadi kenyataan lagi," katanya. Harga Perbendaharaan AS jatuh pada Isnin lalu, dengan hasil hutang yang lebih lama mencecah paras tertinggi empat setengah bulan dan pelabur seperti mahu mengurangkan pegangan bon mereka susulan penunjuk peningkatan ekonomi AS dan penstabilan masalah hutang Eropah.
-REUTERS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan