Selasa, 13 Mac 2012

KENAIKKAN HARGA EMAS


HARGA emas naik hampir satu peratus dalam dagangan berat Jumaat lalu, mengimbangi semula penurunan besar sebelumnya berikutan harga minyak mentah serta saham Amerika Syarikat (AS) lebih tinggi berikutan laporan pekerjaan AS yang menggalakkan. Logam yang berharga itu hampir tidak berubah untuk minggu lalu pada awalnya merudum berikutan kenaikan harga dolar AS dan suramnya harapan pakej ransangan kewangan AS seterusnya selepas pertumbuhan angka pekerjaan bulanan ketiga berturut-turut negara itu.


Logam itu kemudian mencatatkan kenaikan memberangsangkan iaitu AS$40 untuk ditutup di atas AS$1,700 seauns. Ketidaktentuan harga semakin meningkat selepas penurunan lima peratus Rabu lalu apabila Pengerusi Rizab Persekutuan, Ben Bernanke memberi isyarat tiada kelonggaran dasar akan dilaksanakan. Seorang pengurus wang berkata, pelabur tidak sepenuhnya menolak lebih banyak langkah kelonggaran kuantitatif berdasarkan unjuran pertumbuhan AS serta kurangnya keyakinan di Eropah untuk menyelesaikan krisis hutangnya. Harga emas spot menokok 0.7 peratus pada hari terakhir kepada $1,710.81 menjelang penutup dagangan, selepas jatuh ke sesi terendah AS$1,677.34, yang juga paras terendah dalam enam minggu.


Harga emas hampir tidak berubah minggu lalu, apabila kenaikannya pada Jumaat kebanyakkannya menyerap kerugian pada awal minggu. Kontrak hadapan emas AS bagi penghantaran April ditutup naik AS$12.80 pada AS$1,711.50, dengan jumlah dagangan berada pada landasan menjadi yang kedua paling tinggi minggu itu serta di atas purata 30 hari, lapor data awal Reuters.- REUTERS

Tiada ulasan: