INFO TENTANG PERAK
Pada masa yang sama, sekiranya anda seorang pelabur, kenaikan harga perak sejak akhir-akhir ini amat menakjubkan perlu diteliti dengan sebaiknya. Banyak penganalis pasaran menjangka harga perak akan meningkat lebih tinggi untuk bulan Raya Haji ini.
Berikut adalah antara SEBAB UTAMA mengapa anda harus mempertimbangkan untuk memasukkan perak di dalam portfolio simpanan atau pelaburan anda :
1. Inflasi - Bullion perak melindungi kuasa pembelian anda ketika krisis kewangan. Katakan sebagai contoh, anda membeli satu auns bullion perak berjenama Morgan dengan harga RM150, dan anda sembunyikan bullion perak itu di bawah katil anda selama enam bulan. Jika nilai dolar susut sebanyak 50% selepas enam bulan, sudah pasti anda boleh menjual kembali bullion perak tersebut dengan harga RM300. Nilai Morgan Bar anda tidak semestinya berubah, tetapi kuasa membeli anda sememangnya sudah meningkat. Oleh kerana bullion perak adalah terhad kuantitinya di dalam dunia ini, pelaburan anda bertindak sebanagi "Penyimpan Nilai".
Pelaburan perak yang menyimpan nilai ini akan melindungi aset anda yang lain (hartanah, perniagaan) terhadap mata wang kertas yang cepat susut nilai.
2. Kegunaan Perak dalam Perindustrian - 44% dari Perak yang dilombong digunakan untuk perindustrian di seluruh dunia. Oleh kerana hasil perlombongan perak yang memasuki pasaran setiap tahun adalah terhad, peningkatan permintaan pelabur untuk bullion pelaburan boleh menyebabkan harga meningkat dengan pesat. Lama kelamaan, permintaan industri juga menjejaskan bekalan global. Kegunaan perak sangat meluas di dalam peralatan elektronik, perubatan dan sanitasi. Oleh kerana manusia mengambil jalan mudah untuk membuang kebanyakan bahan elektronik terpakai, logam perak yang terkandung di dalam bahan elektronik tersebut terbiar terbuang di tapak pelupusan sampah di mana ia akan kehilangan yang selama-lamanya.
3. Kemunculan China dan India. Pembangunan kelas pertengahan di China dan India telah membawa kepada peningkatan permintaan pelabur untuk bullion perak. Oleh kerana kos memulakan pelaburan emas sangat tinggi, pelabur baru di negara China lebih cenderung untuk menyimpan perak dan bukannya emas. Ini kerana, mereka mencari cara untuk melindungi aset dan harta mereka terhadap inflasi berleluasa. China mengimport 35000 tan perak pada tahun 2010, walhal pada tahun 2005, China mengeksport 3000 tan perak. Apa yang rakyat China tahu tapi kita tak tahu?Sekarang ni bukan Amerika sahaja yang menentukan harga pasaran perak - terutama sekali apabila kerajaan seluruh dunia sedang bergelut dengan kadar inflasi.
Diharap penjelasan di atas dapat menambahkan ilmu kewangan dan pelaburan anda..Selamat melabur dan selamat menyimpan perak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan