Harga emas susut hampir 1.5 peratus Jumaat ekoran pengukuhan dolar yang mencetuskan gelombang jualan hujung minggu ditengah-tengah kebimbangan terhadap krisis hutang zon euro selain data pertumbuhan ekonomi China mengecewakan pelabur.
Jongkong emas menamatkan dagangan rendah untuk ditutup pada 1.2 peratus lebih rendah. Sepanjang minggu lalu, ia ditutup hampir satu peratus, peningkatan kadar mingguan terbesar sejak akhir Februari. Namun, pada jaulan besar-besaran lewat petang menyaksikan harga emas susut AS$10 berikutan kebimbangan terhadap krisis hutang zon eurpo.
Peniaga mencadangkan bank supaya mencari jalan untuk mengurangkan risiko dan meningkatkan aliran modal. Spot harga emas jatuh 1.22 peratus kepada AS$1,654.54 seaun pada 1855 GMT, kejatuhan harian terbesar sejak 4 April. Niaga hadapan emas untuk penghantaran Jun ditutup lebih rendah 1.21 peratus kepada AS$1,610 seaun.
Apabila spot emas susut sehingga AS$1,657 seaun, terdapat sedikit sokongan teknikal dengan halangan berikutnya dilihat sekitar AS$1,610 seauns. China melaporkan bahawa pertumbuhan suku pertama ekonominya adalah pada paras paling lemah dalam tempoh tiga tahun sekali gus mengurangkan kadar pertumbuhan tahunan kepada 8.1 peratus daripada 8.9 peratus bagi tempoh tiga bulan sebelumnya.
Pengukuhan dolar cenderung memberi tekanan kepada emas, sekaligus membuatkan komoditi itu lebih mahal kepada pemegang mata wang lain dan mengekang tarikan logam lain sebagai aset pilihan. Ekuiti AS susut ekoran kebimbangan kadar pertumbuhan global yang mencetuskan aktiviti jualan besar-besaran dalam saham kewangan akhir minggu
-REUTERS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan