Selasa, 17 April 2012

DARI MANA DATANGNYA EMAS???


Soalan 1 : Bagaimana beberapa utas rantai emas ini boleh membeli sebuah rumah? Kalau satu utas ini 999 beratnya 100g, kesemuanya bernilai RM170,800. Beberapa utas ini boleh muat dalam poket sebelah seluar jeans sahaja!!

Pelik bukan?Logam kuning ini, yang tidak berbuah, tidak berbunga, tidak bercambah, bau pun takde, rasa pun tawar tapi harganya MasyaALLAH...mahal banget sih....!! Jawapan kepada soalan di atas boleh dijawab dengan menggunakan alasan ia adalah matawang sejak beribu tahun dahulu, ianya dijadikan pemberian kepada dewa-dewa dan raja-raja, ianya sukar didapati..Mesti masih ramai yang tertanya-tanya..

"Kenapa emas dipilih menjadi asset berharga?"
"Kenapa tidak pilih aluminium ke, batu kerikil ke, iPhone ke, getah sekerap ke?"
"Kenapa? Kenapa emas? Kenapa?

Setelah dikaji dan sekian lama mencari jawapannya, tanyalah kepada pakar-pakar ekonomi, pakar-pakar pelaburan, bankers, doctor, professor..tiada siapa yang boleh menjawab persoalan:

"Kenapa emas DIPILIH menjadi asset berharga?"

Bagaimana kita hendak jelaskan kewujudan asset emas ini sebagai logam berharga?
Adakah kerana dengan kepercayaan datuk moyang kita merupakan alasan yang kukuh?
Adakah kerana ianya sukar didapati?Tidak mungkin kerana ada banyak lagi logam dalam "periodic table" yang lebih rare seperti Iridium.

Jawapan yang kami jumpa berada di depan mata kita sendiri. Telah diletakkan hijab didepan kita. Kita hanya melihat dengan sebelah mata, mata fizikal tetapi tidak dengan mata hati. Ianya ada dalam jiwa setiap manusia. Ianya telah diprogram dalam akal fikiran manusia sejak Nabi Adam lagi. Sepertimana seorang laki yang telah diprogram untuk tertarik pada kaum wanita.

Kata-kata dibawah dipetik daripada arwah bekas timbalan governer bank pusat, National Bank of Hungary;
"Terdapat lebih kurang 300 pakar ekonomi dunia tidak menyebelahi emas, dan mereka fikir emas hanya satu simbol pemujaan primif. Tetapi malangnya, terdapat 3 billion penduduk dunia yang mempercayai dalam emas"-Janos Fekete (1918-2009)

Jadi jika ianya telah diprogram dalam diri kita, bermakna ianya datang semulajadi. Ianya datang dari Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Mengetahui, Allah SWT. Tak percaya?Anda tanyalah Sheikh Google apa fungsi emas di dalam dunia ini?
Anda akan temui hampir 90% emas-emas yang pernah dilombong masih lagi duduk didalam peti-peti besi bank, simpanan peribadi dan barang kemas.
Kalau anda seseorang yang curiga, sudah pasti akan bertanya,
"Kalau duduk simpan aja, buat apa penat-penat pergi melombong & mendulang?"

Sudahkah anda nampak apa yang kami cuba sampaikan? Apa fungsi Allah SWT cipta emas didunia ini? Dok sesajer dalam peti besi? Rujuklah didalam Al-Quran. Apabila disebut emas, ianya sudah pasti bersangkut paut dengan ganjaran Allah SWT atau hukuman kerana tidak beramal dengan harta. Atau sebgai perbandingan kejahilan manusia. Didalam Injil dan Taurat ada menyebut perihal yang sama. Kita lihat didalam Al-Quran itu sendiri. Sebahagiannya:
Surah Al-Hajj ayat 23
Sesungguhnya Allah SWT akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka dihiaskan disitu dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka disitu dari sutera.
Surah Ali Imran ayat 91
Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka:emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan(emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.
Surah Ali Imran ayat 14
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia:kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak;harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak;kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu kesenangan hidup di dunia. Dan(ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Ini adalah firman Allah SWT..Bukankah Allah SWT telah berfirman bahawa Al-Quran akan menjelaskan tiap-tiap sesuatu.
Surah Al Nahl ayat 89
Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri;dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini(umatmu) dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.
Nampak penjelasannya sekarang? Perlukah dihurai dengan lebih panjang?Bermakna diciptanya manusia, emas ini adalah antara elemen ukuran ibadat manusia, disitu letaknya standard emas.

Tiada ulasan: