HARGA JATUH...APA YANG PERLU DIBUAT??
Harga emas turun lagi dalam masa 2 3 hari ini..Emas jongkong 10 gram sekarang sekitar RM1790. Harga tertinggi pernah mencecah sehingga RM1900 untuk 10 gram. Bagi orang yang belum faham pasal emas, dia jadi panik tapi bagi yang tahu perangai emas, dia mesti tersenyum lebar. Ini adalah waktu dia bershopping sakan untuk menambahkan lagi simpanan emas mereka. Bagi orang yang tahu, bila harga jatuh begini, dia akan berpeluang dapat keuntungan dengan lebih mudah.
Harga Jatuh, Untung atau Rugi??
Ok, bila harga jatuh kita untung atau rugi? Bagi mereka yang simpan 100 gram emas, cuba cek balik emas yang anda simpan itu berkurangan brape gram masa emas jatuh? Jawapannya, tak berkurangan walaupun 1 gram kan? So, anda rugi ker bila emas jatuh?Pastinya tak..Macam itu juga bagi sesiapa yang invest dalam hartanah. Kalau nilai hartanah jatuh, kita bukan betul-betul rugi pun. Rugi cuma atas kertas, tapi realitinya kita masih untung!
Ok, kalau anda invest dalam saham contohnya, bila harga saham jatuh, apa yang anda ada? Nilai saham susut dan unit-unit saham yang anda ada tak memberi apa-apa makna sebab ianya cuma "janji" kekayaan yang ada di atas kertas sahaja. Ia tak real macam "real property" lain-rumah, tanah, emas dan perak. Betul tak? So, bagi sesiapa yang simpan "real property", dia tidak perlu risau walaupun harganya jatuh mendadak. Ianya cuma "assumption" yang anda telahpun rugi, tapi pada hakikatnya, anda tak rugi pun.
Kalau untuk Long-term, Kita "Confirm" Untung Ke?
Satu lagi yang kita kena ingat, bagi sesiapa yang simpan untuk long-term (minimum setahun), dia tak perlu risau harga emas jatuh, bahkan dia perlu lagi hepy tengok kejatuhan itu. Kami bagi contoh ye...bace elok-elok..
Encik Amin pertama kali beli emas pada 16 Disember 2011, dengan harga $1576.00/oz untuk 10gram jongkong emas. Bulan Mac 2012, harga untuk 10 gram telah naik sehingga $1706.40/oz. Lepas dikatakan emas jatuh, harganya $1677/oz. So,berapa banyak yang Encik Amin rugi?
Moral of the story, kalau nak beli emas, pastikan guna duit yang agak-agak tak pakai dalam masa setahun. Jangan sekali-kali gunakan duit yang nak pakai 3,4 bulan akan datang melainkan diwaktu harga emas tengah rendah cam sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan