Sabtu, 7 April 2012

EMAS DIDAGANGKAN STABIL NAMUN MENUJU ALIRAN MENURUN!!

Emas didagangkan lebih stabil dalam dagangan lebih kecil semalam namun menuju ke arah penurunan mingguan yang lebih rendah daripada dua peratus apabila pelabur kecewa dengan kekurangan prospek bagi rangsangan monetari Amerika Syarikat.

Harganya mencecah tiga bulan terendah kepada AS$1,611.80 minggu ini sebaik saja mesyuarat polisi Rizab Persekutuan AS menunjukkan kurangnya minat untuk melaksanakan satu lagi pusingan pembelian bon.
Harga emas melonjak daripada tahap itu untuk didagangkan pada AS$1,629.79 setiap auns paa 0708 GMT,namun masih lagi dalam lingkungan 2.3 peratus penurunan mingguan, menghentikan peningkatan dua minggu berturut-turut.

"Harga emas jatuh lebih rendah daripada julat harga sebelum ini yang dapat dikekalkan untuk seketika. Jika kita tidak melihat sebarang faktor sokongan yang ketara lain, ini akan menyukarkan emas untuk kekal berada di atas tahap $1,630 dalam tempoh singkat", kata analisis Jinrui Futures, Hou Xinqiang.

Hou berkata, rentetan data ekonomi AS yang meyakinkan dalam beberapa bulan ini dan sikap Fed bagi langkah melonggarkan dasar menetari akan memberikan kelebihan kepada emas. Data terkini menunjukkan tuntutan faedah pengangguran AS menurun pada tahap terendah empat tahunnya mencadangkan pasaran buruh kini bertambah baik.

Ia didagangkan kecil kerana pasaran ditutup sempena cuti Easter dan pelabur menunggu laporan pekerjaan AS untuk mendapatkan tanda-tanda lebih jelas keadaan pasaran pekerjaan negara itu. Pengukuhan dolar mengimbangi emas selepas timbul kebimbangan baru berhubung krisis di zon euro selepas kerajaan lelongan hutang Sepanyol minggu ini kurang mendapat sambutan.

Kebimbangan terbaru pada zon Euro yang tenat menenggelamkan mata wang Euro ke tahap terendah sejak pertengahan Mac berbanding Dolar sekaligus meningkatkan Dolar ke tahap tertinggi untuk tempoh tiga minggu dalam sesi sebelumnya.

Tiada ulasan: