SAMBUNGAN CARA-CARA ORANG VIETNAM MENYIMPAN EMAS
"Empayar boleh jatuh, mata wang boleh berubah tapi emas akan terus bertahan,"kata pakar sosiologi, Vu Duc Vuong. Kerajaan Vietnam bukan sahaja mengehadkan perdagangan emas tetapi akan mengadakan kempen besar-besaran untuk menggalakkan penduduknya menyimpan emas di bank dan tidak lagi menyorokkannya di rumah.
Bagaimanapun butir terperinci mengenai rancangan itu belum diuar-uarkan lagi tetapi pihak bank berkata, kerajaan sedang menimbangkan cara untuk menarik minat penyimpan dengan membuat tawaran daripada segi faedah dan keselamatan. Gabenor bank pusat berkata, kerajaan mengganggarkan penduduk Vietnam mempunyai antara 300 hingga 500 tan emas yang disimpan di luar sistem perbankan.
Menyimpan emas milik peribadi ini di bank akan memberi kelebihan kepada pihak berkuasa kerana ia boleh dijadikan alat untuk menstabilkan ekonomi. "Jika faedah yang diberikan itu lebih tinggi dan pihak bank dapat membuktikan kredibiliti mereka, saya rasa 80 peratus penduduk akan menyimpan emas mereka di bank,"kata Ketua Pegawai Eksekutif Agribank Jewlry Company, Nguyen Thanh.
Langkah untuk mengekang perdagangan emas ini dimulakan selepas peningkatan dramatik taraf hidup penduduk Vietnam yang mencetuskan perubahan pada 'sosialisme berasaskan pasaran'. Ini adalah sistem ekonomi Vietnam yang memberikan hak kepada penduduk memiliki perniagaan penghasilan komoditi, barangan dan perkhidmatan. Pertumbuhan ekonomi selama dua dekad berjaya menaikkan status Vietnam kepada negara berpendapatan sederhana pada awal 2011, berdasarkan ukuran Bank Dunia. Tetapi perkembangan ekonomi itu diancam oleh makro-ekonomi (isu ekonomi yang lebih besar) termasuk kadar inflasi yang sentiasa tinggi dan rasuah.
Penurunan kadar inflasi akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan sekaligus meredakan 'demam emas, kata Daonh. Dia menambah kerajaan perlu membentuk polisi seiring dengan kepercayaan rakyat bahawa memiliki emas itu langkah yang 'lebih selamat'. Jika polisi ini bertentangan dengan kehendak rakyat, mereka akan berelih kepada perniagaan tidak formal yang lebih sukar untuk dikawal", katanya lagi. Dia mengganggarkan sebanyak 20 hingga 60 tan emas diseludup masuk ke Vietnam setiap tahun.
Bagaimanapun penduduk di Jalan Ha Trung di Hanoi, pusat perniagaan emas yang paling sibuk, agak skeptikal dengan langkah kerajaan itu. "Mereka akan membuat peraturan yang lebih ketat tetapi saya percaya ada jalan untuk perniagaan jongkong emas,"kata peniaga emas, Tran Hoang Long.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan