Rabu, 25 April 2012

TUNGGU DAN LIHAT or LIHAT DAN BERTINDAK??

Harga emas lebih rendah semalam berikutan tindakan pelabur yang menunggu keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed), yang memberi beberapa petunjuk kepada dasar monetari bank pusat di tengah-tengah kebimbangan berhubung krisis yang kembali timbul di Eropah.

Mesyuarat Jawatankuasa Terbuka Persekutuan selama dua hari dijadualkan bermula semalam. Walaupun Fed dijangka akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat dengan langkah itu akan diletakkan di bawah penelitian selepas pelabur mencari petunjuk mengenai kemungkinan langkah pelonggaran kuantitatif.

"Jika Fed gagal memberi petunjuk kepada lebih banyak pelonggaran kuantitatif, kita akan melihat kejatuhan ketara dalam harga emas," kata Hou Xinqiang, penganalisis di Jinrui Futures yang berpangkalan di Shenzhen, China. Jangkaan dasar pelonggaran monetari berikutnya meningkatkan harga emas kepada hampir AS$1,790 (RM5,491) seauns pada Februari, paras tertinggi sejak November.

Namun, rentetan data ekonomi yang rancak dan kurangnya komen daripada pegawai Fed membantu harga hampir AS$1,610 (RM4,936) awal April. Spot emas susut 0.1 peratus kepada AS$1,635.49 (RM5,014) seauns  pada 0624 GMT, selepas jatuh kepada AS$1,619.99 (RM4,965) pada Isnin, paras terendah sejak 5 April. Paras AS$1,620 (RM4,965) hingga AS$1,630 (RM4,997) terbukti menjadi sokongan utama serantau. Emas AS meningkat 0.2 peratus kepada AS$1,636.30 (RM5,016).

"Prospek jangka pendek emas adalah suram ekoran masalah ekonomi di Eropah yang meningkatkan kebimbangan dikalangan pelabur dan memberi tekanan kepada pasaran kewangan yang mana emas juga tidak terkecuali," kata penganalisis Jinrui. Spot harga perak susut 0.3 peratus kepada AS$30.72 (RM94.2) seauns, melepasi paras terendah dalam tempoh tiga bulan iaitu AS$30.45 (RM93.3) yang dicatatkan pada sesi sebelumnya.

"Sentimen agak menurun dan pembeli sedang menunggu kejatuhan berikutnya dalam harga kepada hampir AS$30 (RM92)," kata peniaga berpangkalan di Shanghai. Spot Platinum jatuh paras terendah dalam tempoh tiga bulan iaitu AS$1,544.75 (RM4,735) seauns sebelum pulih kepada AS$1,550.25 (RM4,754). Jurang emas-platinum melebar melebihi AS$84 (RM258), paras tertinggi dalam tempoh dua bulan.
-REUTERS

p/s:Harga emas masih dalam keadaan terkawal lagi. Jadi, kepada mereka yang berminat untuk membeli janganlah segan-segan untuk hubungi En Ghani di talian 019-2282277. Bertindaklah sebelum terlambat!!!

Tiada ulasan: