YANG BELUM BELI EMAS, JOM BELI SEKARANG!!
Harga emas ditutup tinggi semalam didorong kejatuhan dolar AS kepada paras terendah dalam tempoh sebulan, tetapi harga kekal dalam jajaran sempit menjelang mesyuarat menteri kewangan zon euro bagi membincangkan peningkatan dana penyelamatan zon berkenaan.
Harga komoditi itu meningkat 0.1 peratus kepada AS$1,663.11 seauns. Ia berada pada landasan yang kukuh bagi mencatatkan enam peratus dalam tempoh tiga bulan pertama 2012, selepas mencatatkan kejatuhan pada sukuan pertama dalam tempoh tiga tahun pada akhir tahun lalu.
"Pegangan emas masih kukuh kerana kelemahan dolar AS, yang memberi sokongan kepada emas. Emas mempunyai permulaan yang baik dan meningkat sehingga Februari dan kini dalam peringkat penyatuan berikutan peningkatan pada Mac. Pasaran saham berada dalam tekanan pada minggu ini dan juga harga minyak susut sikit dan ini menjadi negatif kepada emas", kata Perunding Quantitative Comodity Research, Peter Fertig.
Beliau berkata pada minggu mendatang, harga emas akan terus mengalami penyatuan selanjutnya, dengan risiko penurunan. Harga minyak meningkat melepasi paras AS$123 pada Jumaat selepas jatuh mendadak pada awal minggu ini. Dolar AS mencecah paras terendah dalam sebulan berbanding mata wang lain semalam berikutan tekanan jualan. Kelemahan dolar AS akan merangsang harga emas, yang harganya dalam mata wang AS.
-REUTERS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan