Isnin, 21 Mei 2012

APAKAH HIBAH DALAM EMAS?

PENGENALAN HIBAH
Hibah merupakan permasalahan lama yang baru diwar-warkan. Untuk kefahaman masyarakat, istilah ini jarang kedengaran di kalangan kita semua. Pendekatan yang paling berkesan ialah 'pelaksanaan' program hibah ini iaitu kefahaman yang didahulukan dengan penjelasan yang bersistem yang kemudiannya disusuli dengan tindakan tentu akan benar-benar berakar umbi ke dalam benak dan minda bawah sedar anggota masyarakat Islam.

Hibah yang akan dibicarakan nanti adalah sebahagian daripada sistem ekonomi masyarakat Islam yang terlalu jauh daripada pandangan dan amalan masyarakat Islam itu sendiri, berbanding dengan zakat (fardhu), sedekah (sunat), hadiah (sunat), dan wasiat (sunat-pelaksanaan wajib satu pertiga harta) dan sumbangan lain. Lantaran itu, adalah wajar perbincangan Hibah ini diketengahkan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam untuk difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan.

HIBAH DARI SUDUT BAHASA
Hibah merupakan kalimah Arab yang bermaksud 'pemberian'. Di sudut bahasa, Hibah adalah pemberian yang tidak didahului oleh tuntutan hak dan padanya (barang yang diberikan itu) ada kegunaan bagi orang yang diberikan. Mengikut pengertian ini, hibah boleh jadi zat yang tertentu dan bukan zat tertentu.
CONTOH :
1) Ada 'ain/zat tertentu ialah mengurniakan/memberi anak lelaki atau perempuan (lihat surah al-Syuura/49), manakala contoh tiada 'ain/zat tertentu ialah mengurniakan rahmat (lihat : surah Aali 'Imran/8). Disebut kepada pemberi hibah sebagai 'Waahib, penerima hibah sebagai 'Mauhuub lahu dan harta yang diberikan sebagai 'Mauhub dan 'Mauhabah

HIBAH DI SUDUT ISTILAH
Hibah di sudut istilah syara ialah Memberi milik benda tanpa ganjaran /gantian (al-Jurjaani) atau Memberi milik harta kepada orang lain tanpa ganjaran/gantian(al-Majallah)

Penulis kitab al-Fiqh al-Manhajiy menyatakan : 'Akad yang memberi faedah pemilikan 'ain tanpa gantian, semasa hidup, secara sukarela.

BAGAIMANA PULA HIBAH DALAM EMAS?
Dalam perniagaan emas ini, hibah yang dimaksudkan adalah 'pemberian secara ikhlas,' contohnya jika pembeli membeli emas pada sekian harga, pihak penjual akan memberikan hibah (pemberian) kepada pelabur mengikut perjanjian yang dipersetujui samada setiap bulan ataupun sehingga tempoh tertentu.  Moga video di bawah dapat membantu anda semua...

Tiada ulasan: