Selasa, 22 Mei 2012

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI...

KELANA JAYA : Kes-kes amah Indonesia yang menghilangkan diri bersama barang kemas atau barang berharga milik majikan tidak pernah reda malah saban hari kes-kes seperti itu sering berlaku. Mangsa terbaru adalah Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Azizah Abd.Samad, 61 yang kerugian RM50,000 apabila set barang kemas bertatah berlian milik anak perempuannya lesap dari rumah mereka semalam kerana dilarikan amah yang baru 21 hari bekerja.

Amah tersebut berasal dari Surabaya yang dikenali sebagi Lis,29 disedari hilang pada pukul 3 petang semalam sebaik Azizah bersama anaknya, Zalilawati Osman,33 baru sampai ke rumah selepas keluar ke Negeri Sembilan atas urusan perniagaan. Zalilawati yang memeriksa biliknya mendapati satu set barang kemas berupa dua utas kalung leher,dua pasang anting-anting dan tiga utas rantai tangan yang disimpan dalam laci lesap bersama Lis yang dipercayai keluar rumah melalui pintu belakang antara pukul 12.15 tghari hingga 3 petang.

Kata Azizah ketika ditemui di rumahnya," Sejak bekerja Lis tidak menunjukkan sebarang kelakuan mencurigakan malah dia cekap melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak dan mengemas. Semalam (kelmarin) Lis memberitahu dia rindu keluarganya di Surabaya dan hari ini (semalam) saya tidak sangka Lis melarikan diri bersama berlian anak saya. Saya sekeluarga curiga mungkin Lis sudah merancang untuk melarikan diri selepas mendapat barang berharga dari rumah saya." 

Bagaimanapun tiada barangan lain yang hilang. Lis turut membawa bersama beg pakaian miliknya. Berikutan kejadian itu, ahli politik itu membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya. Sementara itu, Zalilawati pula berkata, dia sedih dengan kehilangan barang kemas tersebut.

"Dua kalung, dua pasang anting-anting dan tiga utas rantai tangan yang masing-masing bertatah berlian yang biasanya saya pakai pada majlis tertentu hilang", keluhnya yang memberitahu bahawa pasport amah itu disimpan oleh ibunya.

Sumber: kosmo

Tiada ulasan: