Ahad, 13 Mei 2012

INFO KETULENAN EMAS

Secara umumnya emas ada beberapa kategori atau tahap ketulenannya iaitu 24k, 22k, 18k, 14k dan 10k.

Emas 24K : Ini adalah emas yang paling tulen dengan ketulennya 999.9%. Warnanya kuning terang, sangat lembut dan yang paling mahal harganya. Ia tidak mengandungi campuran logam lain. Oleh kerana ia adalah logam yang sangat lembut, jadi agak jarang sekali emas 24K ini digunakan untuk membuat barang kemas. Kalau nak beli biasanya orang akan beli dalam bentuk bar atau jongkong seperti dalam gambar di bawah.

Emas 22K : Emas ini adalah emas 24K yang telah dicampurkan dengan 8.4% logam seperti aloi, perak atau tembaga. Inilah yang dijadikan Emas 9.16(22K). Emas ini biasanya digunakan untuk membuat barang kemas perhiasan di Malaysia. Angka 22 itu bermaksud 22 bahagian emas di tambah 2 bahagian logam lain (menjadikannya 24 bahagian)

Emas 18K : Bermaksud daripada 24 bahagian, 18 bahagian adalah emas dan 6 bahagian adalah logam lain menjadikannya ketulenannya 75%. Emas ini lebih keras tetapi lebih senang dibentuk dan warnanya masih lagi kekuningan. Masyarakat Eropah lebih menyukai emas ini kerana ia kelihatan lebih mewah dan kukuh apabila digabungkan dengan batu permata atau berlian.

Emas 14K : Emas ini mengandungi 58% ketulenan sahaja (14 bahagian emas + 10 bahagian logam lain). Ia tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Sama juga seperti emas 18K, ia kelihatan lebih cantik apabila digabungkan dengan batu permata. Emas ini disukai oleh orang Amerika.

Emas 10K : Ini adalah emas yang paling rendah ketulenannya kerana hanya mengandungi 10 bahagian emas daripada 24. Tetapi ia masih boleh dipanggil emas. Amerika telah meletakkan yang emas 10K ini adalah emas yang paling rendah campuran emasnya yang masih boleh dipanggil emas. Maknanya, kalau emas tu ada 9 bahagian emas sahaja daripada 24 bahagian, ia tidak boleh lagi dipanggil emas.

Tiada ulasan: