Sabtu, 5 Mei 2012

KEISTIMEWAAN EMAS DIBANDINGKAN DENGAN WANG KERTAS

Emas merupakan asset yang mahal dan bernilai pada masa sekarang. Statistik kenaikan harga emas selama 10 tahun dari tahun 2003 sehingga 2012 menunjukkan harga emas meningkat sebanyak USD 340.70/Oz pada 2 Mei 2003 kepada USD 1648.50/Oz pada 2 Mei 2012. Manakala harga emas hari ini ialah USD 1642.10/Oz. 
Untuk makluman anda semua, 1 Oz bersamaan dengan 31.1 gram.
Maklumat berkenaan kenaikan dan penurunan harga emas dunia anda boleh lawati di website www.kitco.com manakala di Malaysia pula harga emas dipaparkan setiap hari oleh Bank Negara Malaysia.
Kenaikan harga emas dalam 10 tahun
Mengapa anda perlu menukarkan wang kertas/fiat anda dan menyimpan emas?
Jawapannya ialah emas sebagai penyimpan kekayaan sebenar. Ini kerana ia digunakan sejak 6000 tahun yang lalu. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana warna kuning keemasan yang berkilau dan menarik perhatian serta tidak akan pudar selamanya. Ia juga mempunyai banyak kegunaan, keistimewaan dan berkualiti tinggi. Kelebihan ini tidak terdapat pada logam-logam lain dan emas mempunyai kelebihan dan digunakan dalam peralatan elektronik (Optical Fibre, microchip, computer processor, handphones), penyahhaba matahari dan sebagainya selain daripada barang kemas.

Di samping itu ia juga sukar untuk diperolehi. Ini kerana tidak banyak kawasan-kawasan di dunia yang mempunyai emas. Contoh negara yang mempunyai kawasan yang mengeluarkan emas ialah di Johannesburg. Lombong-lombong emas yang hendak dibuka perlu mengeluarkan modal yang banyak sebelum ianya betul-betul boleh menghasilkan keuntungan kepada tauke-tauke lombong tersebut.
Bandar Johannesburg
Emas juga sukar untuk dibinasakan kerana ianya adalah logam. Logam jika dibandingkan dengan kertas sudah tentulah kertas mudah dirosakkan, dikoyak atau dibakar. Jika seseorang mempunyai wang kertas sebanyak RM50, maka ia bolehlah dikatakan mempunyai kekayaan sebanyak RM50. Sekiranya wang kertas RM50 itu terkoyak atau terbakar, maka kekayaan pemiliknya akan menjadi RM0. Ini amat berbeza dengan emas. Emas tidak boleh dibinasakan dan juga ianya tahan lasak. Sekiranya emas yang disimpan di rumah, kemudian ditakdirkan rumah itu terbakar ataupun berlaku bencana banjir, emas yang disimpan masih boleh diselamatkan dan nilainya tidak akan terusik sedikitpun.
Gambar menunjukkan wang kertas RM50 yang baru berbanding RM50 yang lama setelah termasuk ke dalam mesin basuh
Bukti wang kertas/wang fiat mudah dirosakkan dan dimusnahkan nilainya adalah seperti gambar di atas. Bayangkan betapa rendahnya kualiti wang kertas dengan nilai kerja yang kita hasilkan untuk mendapatkan bayaran dalam bentuk hanyalah sekeping kertas yang kurang atau tiada kualiti.

Pada zaman silam,emas melambangkan sebagai kekayaan seseorang. Oleh itu, kata-kata bijak pandai untuk menyimpan rizab 2 hingga 3 bulan gaji sebagai persediaan untuk keperluan kecemasan, adalah lebih baik sekiranya rizab tersebut dipelbagaikan dengan menukarkan sedikit kepada stok emas supaya nilai kewangan sentiasa meningkat.

Antara sebab-sebab utama mengapa anda perlu melabur dan menyimpan tunai dalam bentuk emas adalah:
1. Tiada pelaburan emas yang menawarkan harga pasaran sebenar emas.
2. Emas sering diperkatakan setiap hari.
3. Pelaburan emas adalah selamat.
4. Tiada sebarang krisis kewangan berlaku terutama penukaran wang US Dollar.
5. Emas diperdagangkan mengikut pasaran antabangsa.
6. Pasaran emas adalah terkawal tanpa memperdulikan masalah politik semasa, peperangan mahupun bencana alam.
7. Tiada kerugian yang melampau seperti pasaran saham atau bon.
8. Emas adalah pelaburan yang boleh mengelakkan inflasi.
9. Emas sentiasa diminta hingga menyebabkan permintaan yang tinggi.
10. Emas sudah diperakui sejak turun temurun lagi...

Oleh itu, kami di Tamis Gold sarankan anda cepat-cepatlah beli emas kerana ianya satu aset yang bernilai jika dibandingkan dengan wang kertas...

Tiada ulasan: