Sabtu, 19 Mei 2012

SURI RUMAH DIDAKWA TIPU PENIAGA BELI EMAS RM1 JUTA

IPOH : Rabu lalu, 16 Mei 2012 seorang suri rumah telah didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan memperdaya seorang ahli perniagaan berhubung pembelian jongkong emas melalui tender barangan rampasan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bernilai lebih RM1 juta, tiga tahun lalu.

Tertuduh, S Kogilah, 42 bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di depan Majisteret Rabiatul Adawiyah Che Khalid. Kogilah yang diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu didakwa menipu V Ganesan,47 dengan memperdayakan mangsa mempercayai bahawa tertuduh boleh mendapatkan tender bagi rampasan KDRM iaitu 80 jongkong emas yang sebenarnya tidak wujud.

Tertuduh didakwa dengan sengaja mendorong Ganesan menyerahkan wang RM1,000,018 kepadanya di Public Bank Berhad, Jalan Datuk Maharajalela, disini antara 24 Ogos 2009 hingga 1 Oktober 2009. Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun bersama sebatan dan denda.

Rabiatul Adawiyah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin sementara menunggu sebutan semula kes itu pada 1 Jun depan. Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Nor Abdurrahim.

Tiada ulasan: