IKAN JENAHAK EMAS DIJUAL DENGAN HARGA RM114,000 DI INDIA
Hanya empat ekor ikan jenahak emas yang ditangkap di Teluk Bengal setiap tahun. Tahun ini, seekor yang ditangkap di Chittagong menjadi bahan sensasi dalam masa semalam saja. Seorang ahli perniagaan dari Hong Kong yang tidak mahu dikenali jenahak emas itu yang mempunyai berat 37 Kg dengan harga USD$38,000 (RM114,000) untuk makan dagingnya yang lazat, kata Jahangir Saudagar yang menjual ikan itu.
Encik Saudagar yang bekerja di sebuah pasar ikan berdekatan Chittagong membeli ikan itu secara bidaan dari seorang penangkap ikan yang menangkapnya di Teluk Bengal, sebelum menjual ikan itu kepada ahli perniagaan tersebut. Kata Saudagar :-
Saya terus membida sehingga orang lain putus asa kerana saya tahu saya boleh menjual semula ikan ini dengan harga yang tinggi.
Beliau mengalahkan sekurang-kurangnya 500 pedagang yang lain. Profesor zoologi, Norman Siddiqui dari Akademi Perikanan Marin di Chittagong berkata, warna jenahak tersebut yang keemasan menyebabkan harganya meningkat sebegitu tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan