Sabtu, 9 Jun 2012

KEDUDUKAN HARGA EMAS STABIL

Harga emas jatuh lebih satu peratus semalam, berikutan aktiviti penjualan berterusan daripada sesi terdahulu apabila ketua bank Pusat Amerika Syarikat (AS) tidak memberikan sebarang petanda rangsangan ekonomi dalam masa terdekat, yang mengecewakan pelabur dan menghampakan emas sebagai aset lindung nilai ketika langkah pelonggaran monetari.

Emas COMEX menerajui penurunan awal semalam ekoran penjualan untuk mengelak kerugian berlaku apabila harga dagangan rendah pada paras AS$1,850, kata peniaga. Harga kebelakangan ini mengikuti beberapa kerugian dengan emas spot naik daripada paras rendah dalam seminggu pada AS$1,561.44 kepada AS$1,571.29 pada 0651 GMT, turun 1.1 peratus daripada penutupan sebelumnya. Emas menuju penurunan mingguan sebanyak 3.4 peratus.

Kontrak hadapan emas AS untuk penghantaran Ogos turun hampir dua peratus kepada paras rendah harian AS$1,556.4 kemudian naik semula kepada AS$1,572.70. Kenaikan harga emas bergantung kepada tindakan pengerusi rizab persekutuan AS, Ben Bernanke untuk memberi petanda langkah pelonggaran monetari lanjut, terutamanya selepas data pekerjaan AS Jumaat minggu lalu lemah. Bernanke enggan memberi sebarang petanda bantuan jangka pendek, walaupun beliau menyatakan bank Pusat bersedia melindungi ekonomi daripada masalah kewangan lebih teruk.

"Harapan kenaikan harga emas hampa disebabkan kenyataan Bernanke semalam,"kata Lynette Tan, penganalis Phillip Futures di Singapura tetapi menambah bahawa situasi yang buruk di Eropah dan data lemah AS, beberapa minggu sebelum ini, memungkinkan rizab persekutuan mengambil langkah pelonggaran monetari. 

Import dan eksport Jerman jatuh mendadak pada April, petanda terbaru ekonomi utama Eropah itu mula berasaskan kesan krisis kewangan dalam blok menggunakan hanya satu mata wang itu. Canselor Angela Merkel berkata, Eropah bersedia bertindak bagi memastikan kestabilan zon Eropah berikutan penurunan penarafan kredit Sepanyol sebanyak tiga tangga kelmarin di tengah-tengah jangkaan ia mungkin akan mendapatkan bantuan Kesatuan Eropah (EU) untuk membantu banknya mengelak kegagalan membayar hutang.

Mata wang euro rugi separuh peratus berbanding dolar AS sementara mata wang utama itu mengukuh berbanding sekumpulan mata wang lain, memberi tekanan kepada komoditi didagangkan dengan menggunakan dolar. Harga spot perak jatuh 1.3 peratus kepada AS$28.20, dalam kedudukan menuju penurunan 1.6 peratus berbanding minggu lalu, penurunan tertinggi dalam empat minggu. Pelabur turut meragui pengurangan kadar faedah mengejut oleh China, ekonomi kedua terbesar dunia dalam menangani penurunan pertumbuhan.
-REUTERS

Tiada ulasan: