Khamis, 28 Jun 2012

PERMINTAAN EMAS SENTIASA MENINGKAT SEPANJANG TAHUN 2012

1. Permintaan emas dunia tahun 2011 meningkat ke angka 4,067.1 tan dengan nilai USD205.5 billion melepasi USD200 billion sejak tahun 1997.

2. Dorongan permintaan dipengaruhi oleh sektor pelaburan.

3. Permintaan pelaburan didominasi oleh India, China dan Eropah. Permintaan di China dan India terikat dengan budaya emasnya melonjakkan 55% permintaan barang kemas global dan 49% permintaan emas global.

4. Permintaan India sangat besar sekitar 933.4 tan menjejaskan nilai rupee berbanding dolar. Sebanyak 500 tan untuk barang kemas dan 366.0 tan dalam bentuk pelaburan dengan 25% berbentuk jongkong dan mata wang syiling.


5. Di China permintaan melibatkan 769.8 tan meningkat 20% setiap tahun dalam bentuk barang kemas dan pelaburan. Permintaan pelaburan sebanyak 258.9 tan menjana RM884.5 billion.

6. Permintaan Eropah turut naik sebanyak 374.8 tan didominasi oleh Jerman dan Switzerland.

7. Belian bank pusat melonjak dengan nilai 77.0 tan hingga 439.7 tan sebagai usaha mempelbagaikan aset, mengurangkan kebergantungan kepada 2 mata wang, mengimbangi semula rizab dan melindungi kekayaan.

Statistik permintaan 2011 :
  • Bekalan emas menjadi rekod sebanyak 2,809.5 tan.Emas kitar semula 1,611.9 tan. Harga purata meningkat 28%.
  • Penggunaan emas dalam elektronik berjumlah 1.1% (330.4 tan = USD16.7 billion). Pertumbuhan meningkat 463.5 tan akibat ledakan pasaran elektronik di China.
  • Permintaan barang kemas 1962.9 tan atas kepercayaan masyarakat India dan China ke atas nilai instrinsiknya.
  • Kekukuhan permintaan jongkong dan syiling emas dunia.
Sumber : World Gold Council

Tiada ulasan: