HARGA EMAS MENINGKAT SELEPAS KOS PINJAMAN YANG TINGGI DI ITALI DAN SEPANYOL DITURUNKAN
Tetapi emas masih pada landasan untuk mencatatkan suku paling teruk sejak 2004 ekoran pertumbuhan ekonomi global perlahan daripada Eropah hingga ke China mendorong pelabur untuk memilih aset pelindung nilar seperti Dolar.
Harga emas spot naik 1.1 peratus pada 1,568.46 seauns pada 0700 GMT, selepas mencecah paras tinggi AS$1,571.80. Emas AS naik 1.2 peratus kepada AS$1,568.90. Emas melonjak berikutan prestasi dolar mengatasi Euro apabila pemimpin 17 negara zon Eropah bersetuju dana penyelamatan rantau itu boleh digunakan untuk menstabilkan pasaran bon tanpa memaksa negara mematuhi peraturan belanjawan Kesatuan Eropah (EU) yang memerlukan langkah penjimatan atau transformasi ekonomi.
Ia memberikan kelegaan kepada pelabur dalam pasaran daripada segmen komoditi sehingga ekuiti yang mana mereka tidak meletakkan jangkaan tinggi ke atas persidangan pemimpin Eropah yang sedang berlangsung untuk memberikan penyelesaian konkrit menyelesaikan krisis hutang zon Eropah yang kini sudah masuk tahun ketiga.
"Ia masih tidak menepati jangkaan penyelesaian konkrit, tetapi pengalihan ketidakyakinan mengenai hasil persidangan EU menyebabkan pasaran meningkat. Ini adalah langkah yang dialukan ke arah mengatasi risiko berkaitan dan kemungkinan krisis dicetuskan oleh sektor perbankan yang mungkin berlaku." kata Vishnu Varathan, ahli ekonomi pasaran di Mizuho Corporate Bank.
Peningkatan semalam membantu emas mengelak kerugian bagi Jun, dan ia dalam landasan untuk mencatatkan kenaikan pertama dalam lima bulan. Tetapi bagi suku kedua, bullion masih rendah kira-kira enam peratus, penurunan paling rendah sejak 2004.
Emas sudah jatuh lebih 12 peratus daripada puncak harga 2012 sekitar AS$1,790 dan 18 peratus daripada harga tertinggi di atas AS$1,920 pada September 2011. Terdapat sokongan kukuh terhadap emas pada 1,523 dan jika ia kekal, logam berharga itu mempunyai momentum untuk menyamai paras tertinggi tahun lalu, kata Lynette Tan, penganalisis di Philip Futures.
"Dalam jangka masa panjang, kami masih yakin terhadap emas. Ia masih boleh mencecah paras tinggi tahun lalu pada AS$41,920. Ekonomi global tidak berjalan lancar dan kami menjangkakan permintaan aset lindung nilai kembali untuk emas,"kata Tan.
Apa yang menyokong kekukuhan emas dalam suku kedua 2012 berkemungkinan potensi Dolar lemah, dengan bank pusat AS mungkin menyokong pemulihan perlahan ekonomi utama dunia itu dengan lebih banyak rangsangan, menurut penganalisis.
Pasaran fizikal juga menyaksikan pembelian daripada pembuat barang kemas China dan bahagian lain Asia, kata Ronald Leung, pengarah di Lee Cheong Gold Dealers di Hong Kong.
-REUTERS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan