Isnin, 16 Julai 2012

HARTA YANG TAK DISANGKA DI DALAM MAKMAL

Rene Bernier, seorang instruktor makmal di Pusat Sains Bowdoin Campus menjumpai suatu harta yang tidak disangka ketika membersihkan makmal yang lama tidak dibuka. Beliau menemui sebentuk jongkong emas nipis yang digunakan untuk analisis elektrometer.
Jongkong emas nipis ini dipercayai dibeli pada tahun 1930 pada harga $84 atau kira-kira RM250, nilai sekarang dianggarkan RM20,000.00. Menurut Rene, dalam amali elektrolisis moden, jongkong emas yang bersaiz seperti ini sudah tidak digunakan sebagai elektrod dan diganti dengan besi (ferum). Beliau kemudiannya memulangkan harta yang dijumpai kepada Bendahari kampus untuk menilai emas tersebut dan akhirnya mereka berjaya menjual kepada sebuah kilang dengan harga RM30,137.00.



Rene memulangkan 'harta' yang dijumpai kepada bendahari kampus. Kami gembira dan teruja apabila Rene melangkah ke pejabat dengan harta karun, kata Catherine Longley, Timbalan Ketua Pegawai Kewangan da Bendahari Kampus. Jumlah jualan yang diperolehi akan digunakan untuk meningkatkan keupayaan makmal kampus dan instruktor.

Tiada ulasan: