Ahad, 15 Julai 2012

KEDAI EMAS RUGI LEBIH 1 JUTA

KUALA LUMPUR : Tiga lelaki berkaca mata dan bertopi yang bersenjatakan pistol hanya mengambil masa tidak sampai lima minit untuk melarikan 11 dulang emas dianggarkan bernilai hampir 2 juta dalam kejadian samun di sebauh kedai emas di pasaraya besar Giant, Batu Caves semalam.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi semalam, perompak yang bersenjatakan pistol itu bertindak ganas dengan mencederakan pengawal keselamatan kedai emas terbabit dengan memukul belakang kepala dengan belakang pistol menyebabkan mangsa cedera dan terjatuh. Seterusnya, perompak terbabit merampas selaras senapang patah serta dua butir peluru hidup milik pengawal keselamatan itu.

Ketika kejadian, pengawal keselamatan yang berusia lingkungan 50-an itu sedang mengawal di ruang pameran barang kemas yang terletak beberapa meter dari premis emas tersebut. Seorang saksi, Yuli Madh, 28 berkata, dia yang baru membuka kedai pakaiannya terkejut melihat kekecohan itu.

"Kumpulan perompak berkenaan tidak memakai topeng dan berjalan dalam keadaan bersahaja membawa pistol serta senapang patah milik pengawal keselamatan. Kejadian berlaku dengan cepat, lebih kurang tiga minit sebelum perompak meninggalkan kedai emas itu menaiki sebuah kenderaan yang sedang menunggu di luar," katanya.

Seorang lelaki warga Afrika yang sedang berurusan membeli barang kemas turut dipukul dan seorang suspek membawa senjata kemudian bertindak menjadi pengawal, manakala dua rakannya menyerahkan beg sandang kepada pekerja-pekerja wanita di kedai itu dan memaksa mereka mengisi barang kemas ke dalamnya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Assistant Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika mengesahkan kejadian itu, berkata siasatan awal polis mendapati penjenayah melarikan 11 dulang barang kemas serta senapang patah milik pengawal keselamatan dengan menaiki sebuah Proton Waja.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti identiti penjenayah menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) di pasaraya itu.

Tiada ulasan: