Ahad, 12 Ogos 2012

GAUN DARI SUTERA LELABAH EMAS DI MADAGASCAR

Gaun di bawah dibuat daripada sutera lelabah emas yang hanya boleh didapati di Madagascar. Gaun ini direka oleh syarikat Godley & Peers dan mengambil masa 8 tahun untuk disiapkan. Warna keemasan gaun ini ialah warna asli sutera lelabah yang dikumpul setiap hari. Secara keseluruhan 1.5 kg sutera lelabah emas digunakan bagi menghasilkan gaun yang dikatakan bernilai GBP 300 000. Jika anda di London bolehlah berkunjung ke Muzium Victoria dan Albert sekarang untuk melihat sendiri gaun one of a kind ini.




Tiada ulasan: