Isnin, 13 Ogos 2012

EMAS TIADA TARIKH LUPUT


Kita sebagai manusia sehari demi sehari usia semakin bertambah...dari muda menjadi tua, kereta baru menjadi buruk, begitu juga rumah, bangunan, barangan/peralatan menjadi usang dan luput. Begitulah lumrah alam. Tetapi berlainan pula dengan logam kuning, tidak pernah ada tarikh luput, malah semakin lama semakin bernilai.

Benarlah pesan peniaga emas...Jika sesiapa yang ada modal dan berkeinginan untuk berniaga tapi tak tahu selok belok perniagaan, berniagalah EMAS. Berniaga emas tidak akan 'makan modal' tetapi menguntungkan.

Kenapa?
Kerana stok EMAS tidak ada tarikh luput.Inilah di antara kelebihan atau rahsia perniagaan/ pelaburan emas. Tokey / dealer emas sebenarnya bertindak sebagai penyimpan, pelabur dan peniaga. Mereka adalah penyimpan emas (stok emas), kemudian mereka juga bertindak sebagai pelabur dengan membeli emas semasa harga rendah dan mengaut keuntungan bila harga emas naik.

Ramai beranggapan "Siapa nak beli emas kerana harganya yang semakin mahal". Betul harga emas memang mahal dan akan bertambah mahal dari hari ke hari namun orang tetap membelinya terutama mereka yang celik emas. Dan kerana ia bernilai juga semua orang mengejar dan berlumba-lumba mendapatkannya. Kita juga jarang mendengar perniagaan emas tutup kedai/'gulung tikar'.

Tiada ulasan: