Selasa, 18 September 2012

PELABURAN EMAS DI MALAYSIA TERBAHAGI KEPADA DUA KATEGORI


  • Pelaburan Emas Fizikal : Jongkong emas, syiling emas dan barangan kemas.
  • Pelaburan Akaun Emas : Maybank, Public Bank, CIMB Bank, UOB, Citibank dan Kuwait Finance House
BARANG KEMAS
Syarikat emas yang stabil dan mempunyai reputasi yang baik merupakan faktor-faktor terpenting yang harus dipertimbangkan semasa membeli barangan kemas untuk memastikan produk yang dibeli bermutu dan ketulenan yang tinggi. Contoh : Kedai Emas Poh Kong, Tomei, Habib Jewel, Wah Chan dan Tamis Gold.

Tetapi, barangan kemas tidak digalakkan untuk dijadikan sebagai pelaburan emas. Ini disebabkan caj yang dikenakan untuk kerja seni dan buatannya jauh lebih tinggi daripada jongkong emas yang hanya perlukan reka bentuk yang minima untuk menjimatkan kos buatan.

SYILING EMAS
Selain daripada kedai-kedai emas yang disebutkan di atas, UOB Malaysia juga menawarkan pelbagai pilihan seperti Canadian Gold Maple Leaf, Australian Kangraoo Gold Nugget dan Singapore Lion Gold Coin.

Kijang Emas Bank Negara (BNM) merupakan salah satu produk syiling emas yang paling laku di negara kita. Tetapi, khabarnya bekalan yang terhad selalu menjadi masalah utamanya.

JONGKONG EMAS
Jongkong emas dalam bentuk samada bar atau bullion, ini adalah produk emas fizikal yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan. Antara jongkong emas yang popular di Malaysia adalah seperti berikut :
  • Pamp Suisse Lady Fortuna
  • Poh Kong Bunga Raya
  • Tomei KLCC
  • Public Gold
AKAUN SIMPANAN EMAS
Pelaburan emas melalui buku simpanan bank menjadi semakin popular di Malaysia sejak dua tahun yang lalu. Maybank ialah bank yang pertama di Malaysia melancarkan akaun simpanan emas diikuti oleh Public Bank, KFH dan seterusnya.

Konsep pelaburan ini telah selesaikan masalah pelabur untuk mencari tempat yang selamat untuk menyimpankan emas di rumah yang selalunya bimbang akan menjadi sasaran pencuri pecah rumah. Setakat hari ini sekurang-kurangnya 6 buah bank di negara kita telah menawarkan akaun simpanan khas untuk pelaburan emas sahaja seperti berikut :
  • Maybank Gold Investment Account
  • Public Bank Gold Investment Account
  • Kuwait Finance House Gold Account-i
  • CIMB Bank Gold Deposit Account
  • UOB Gold Savings Account
  • UOB Premier Gold Account
  • Citibank Gold Account
Dimaklumkan bahawa setiap akaun emas adalah amat berbeza dan mempunyai ciri-ciri tersendirinya. Maka. perbandingan yang teliti harus dilakukan sebelum mengambil tindakan seterusnya. Antara faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan adalah :
  • Ketulenan emas- pilihan utama ialah emas 999
  • Perbezaan antara harga jualan dan belian - perbezaan yang lebih kecil bermakna caj yang dikenakan lebih rendah
  • Kebenaran/caj untuk mengeluarkan bar emas - ini merupakan markah tambahan untuk akaun emas yang beri kemudahan untuk menukarkan kredit dalam akaun kepada emas fizikal.


Tiada ulasan: