TEMPAT SIMPANAN EMAS TERBESAR DI DUNIA
Federal Reserve Bank of New York yang terletak di 33 Liberty Steet, Manhatthan, New York Amerika Syarikat dan dibuka pada 16 November 1914 ini mempunyai sesuatu yang lebih menarik dari sekadar bank..Mengapa?Kerana disinilah terletaknya koleksi emas paling banyak di dunia dan tidak pernah anda lihat seumur hidup.
Vault ini dianggarkan menyimpan lebih kurang 10% dari reserve emas di dunia atau sekitar 5000 metric tons emas deposit yang nilainya kira-kira USD $270 billion atau lebih kurang RM828 billion.....Fuhh..Kalau dijual emas-emas ini semua, conferm kita akan lebih kaya dari Bill Gates...=)
Simpanan emas disini bukan hanya berasal dari Amerika Syarikat sahaja tetapi sebahagiannya adalah merupakan simpanan dari 36 negara lain yang percayakan penyimpanan serta penjagaan oleh The Federal Bank of New York.
Bukan sembarangan orang dapat memasukinya apalagi merakamkan gambar yang ada di dalam vault tersebut. Jadi, kita dikira beruntung dapat melihat vault penyimpanan emas terbesar di dunia ini. Jom layan gambar-gambar di bawah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan