MILIKI EMAS UNTUK MENARIK KEKAYAAN & MENGEKALKAN KEKAYAAN
Mengapa dikatakan emas boleh menarik kekayaan? Setiap benda adalah energi dan setiap energi mempunyai frekuensi tarikan tersendiri. Anda pernah tak dengar pepatah yang berbunyi begini,"Bergaul dengan orang miskin, kita jadi miskin...bergaul dengan emas kita jadi kaya.."
Mengapa begitu?? Sebab level energi orang kaya ia banyak menarik energi positif..
Level energi orang miskin menarik banyak energi negatif. Selalu mengeluh masalah, complain, memberi pandangan negatif, putus asa, putus harapan...benda-benda itu akan menarik energi negatif.
Orang Kaya pula, mereka sentiasa berfikiran positif dan berfikiran dia boleh. Setiap masalah yang dilihatnya adalah satu peluang. Jika dia kaya dia tetap menggangap kekayaan itu semua milik Allah SWT yang mana eksyen biasanya kaya sekejap.
Jadi emas juga mempunyai tarikan energi kekayaan yang kuat. Bermakna siapa bergaul dengan emas, kekayaan dia semakin bertambah. Mengapa boleh jadi begitu? Sebab orang yang mempunyai emas membayar zakat emas. Yang tidak bayar zakat emas pun nanti emasnya tidak kekal lama dengannya. Jadi, janganlah teragak-agak untuk membayar zakat.
Setiap perintah Allah SWT itu ada keistimewaan dan kebaikan untuk hambanya. Zakat sebenarnya untuk membersihkan harta dan bila harta bersih, harta lain akan datang. Baik orang Islam atau bukan Islam, zakat dan charity akan menarik kekayaan. Anda pernah datang ke rumah orang-orang kaya? Cuba lihat perhiasan dalam rumahnya.
Banyak perhiasan yang diperbuat daripada salutan warna emas atau emas betul. Pinggan mangkuk yang corak tepinya bercorak emas, sudu garfu emas, warna dinding pun emas. Ini kerana, warna emas melambangkan kekayaan.
Sebab itu elakkan makan dalam pinggan plastik kerana energi dari pinggan plastik akan dimasukkan ke dalam tubuh badan. Tapi, jika makan di kedai..takkan nak mintak pinggan emas pula..he3..
Ini hanyalah konsep kekayaan emas. Jika kita mampu buat, kita buat. Kalau tidak dapat buat pun, kita bukannya boleh jadi teruk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan