Khamis, 11 Oktober 2012

BERITA GEMBIRA BUAT PARA PELABUR

Harga seauns emas dijangka mencecah AS$1,800 (RM5,526) dalam tempoh setahun akan datang. Pengarah Dana Runcit Bahagian Pengurusan Dana, Kumpulan AmInvesment Bank, Ng Chze How berkata pihaknya menjangkakan harga emas akan naik lagi kepada paras AS$2,000 (RM6,140) dalam tempoh dua tahun hasil permintaan yang tinggi, kadar faedah rendah dan kegiatan bank-bank pusat membeli emas.

Menurutnya, orang ramai kini meluaskan peluang pelaburan masing-masing dan memilih emas serta hartanah sebagai pilihan utama mereka.

"Kenaikan ini didorong oleh situasi ekonomi yang semakin baik di Amerika Syarikat yang menyumbang kepada kuasa beli di China, India dan Timur Tengah. Oleh itu terdapat banyak permintaan terhadap emas," katanya pada sidang akhbar.

Turut hadir ialah Naib Presiden Portfolio DWS Investment GmbH, Manuel Tenekedshijew. Harga emas kini diniagakan pada AS$1,765 (RM5,418.6) seauns. Tenekedshijew pula meramalkan harga emas dijangka mencecah AS$2,000 seauns dalam tempoh enam bulan akan datang dan AS$2,500 (RM7,675) seauns dalam tempoh setahun.

Jelasnya, saham-saham lombong emas mengatasi emas fizikal sepanjang dekad lepas dan barang kemas masih mendominasi permintaan untuk emas manakala pelaburan dalam emas menyumbang kira-kira 25 peratus daripada jumlah permintaan.

"Pemacu penting ke atas permintaan emas ialah industri elektronik dan pergigian," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai prospek pelaburan dalam dana logam Amlnvestment, Am Precious Metals, Chze How berkata sambutan yang diterima amat menggalakkan dan ia mula mendapat perhatian pelabur sejak dana itu dilancarkan pada tahun 2007.

Jelas beliau pihaknya telah menambah saiz dana tersebut kepada RM500.76 juta tahun ini berbanding RM399 juta pada tahun lepas.

SUMBER : Berita Kosmo

Tiada ulasan: