POTENSI EMAS DAN LOGAM BERNILAI YANG LAIN DI MASA HADAPAN
Harga emas dan logam bernilai yang lain (perak & platinum) adalah sebahagian besarnya dipengaruhi oleh bekalan dan permintaan global. Dalam dua tiga tahun yang lepas, bekalan telah menyusut sementara permintaan terus meningkat tinggi terutamanya oleh pembeli di China dan India. Hasilnya, hala yang menarik dalam harga pasaran emas untuk jangka panjang (harga emas turun dan naik dalam masa yang singkat).
Hari ini harga emas ditutup lebih dari USD1762.80 bagi setiap auns (1 auns = 31.1 gram). Pada hanya setahun yang lepas, harga emas adalah lebih kurang USD1415.60 seauns manakala lima tahun lepas, ianya hanya berharga pada USD628.80 seauns. Pelabur-pelabur yang telah membeli emas pada bulan Januari 2012, bakal memperoleh pulangan yang mantap dalam pelaburan mereka. Graf logam KITCO seperti di bawah menunjukkan prestasi emas dalam tahun-tahun yang lepas selama lima tahun.
Sementara tiada siapa pun yang yakin 100% bahawa harga emas dan logam-logam bernilai yang lain akan terus melambung pada kadar ini. Kebanyakan cendikiawan dalam bidang kewangan dan ramai pedagang komoditi beranggapan bahawa harga emas akan terus utuh. Ramai penganalisa yang disegani juga percaya bahawa emas akan naik ke tahap USD1800 seaun pada Hari Raya Aidiladha nanti.
Para penganalisa tersebut menyatakan dua pendapat untuk menyokong analisa mereka. Pertamanya, lombong-lombong emas yang baru tidak berupaya untuk menyediakan bekalan yang cukup untuk kegunaan dan permintaan global kerana pada kebiasaannya, lombong-lombong tersebut akan mengambil masa dari 5 hingga 7 tahun untuk matang dan berupaya menyumbang kepada produksi yang secukupnya. Selain itu, keadaan kewangan dunia yang bercelaru dan ramai yang bersetuju bahawa ianya tidak akan pulih dalam masa beberapa tahun akan datang juga menyumbang kepada kenaikan harga emas dan perak.
Jika demikian keadaannya, emas, perak dan platinum adalah satu pelaburan yang selamat dan menguntungkan dalam tempoh 5 atau 10 tahun akan datang berikutan nilai intristiknya serta trend harga yang menarik.
Emas telah terbukti sebagai satu pelindung kekayaan yang berkesan sebagai "tempat persinggahan" yang selamat pada masa ketidakstabilan politik dan kewangan. Kemungkinan besar pelabur emas hari ini lebih cenderung untuk mengaut lebih keuntungan berbanding asset lain contohnya dalam bentuk wang kertas.
Jelaslah bahawa Emas dan Perak telah membuktikan kekukuhan harganya dan menjadi salah satu komoditi yang mendapat permintaan yang tinggi di peringkat antarabangsa, Jika ada di antara anda yang rasanya berminat untuk memiliki komoditi ini sebagai permulaan untuk menambah kolum asset dalam pelaburan anda, sila hubungi En.Abdul Ghani untuk urusan jual beli emas fizikal di talian 019-2282277 atau alamat email : tamis_gold@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan