BIJAK MERANCANG MASA DEPAN ANDA
Bagi mereka yang bijak dalam merancang masa depan, pelaburan dan simpanan emas dikira agak praktikal sebagai alternatif bentuk pelaburan lain seperti simpanan tetap di bank, dana amanah seperti Amanah Saham Nasional (ASB), Tabung Haji dan sebagainya.
Jurang dividen dan bonus yang diperolehi daripada emas amat tinggi kerana mempunyai nilai stabil di pasaran global. Bagi orang biasa, khususnya perempuan lebih selesa membeli barang kemas kerana naluri mereka suka berhias. Pantang ada koleksi baru, wanita akan dikunjungi kedai emas. Ada pula tukar beli barang kemas lama kerana sudah outdated rekaan dan fesyennya.
Tidak kurang juga terikut-ikut rakan beli emas, mereka beli dan saling mehu menunjuk-nunjuk antara satu sama lain. Jika kita lihat filem Mami Jarum, digambarkan bagaimana kelompok anak mami di Pulau Mutiara berbangga dengan rantai emas bergantungan di leher dan penuh lengan hingga ke siku gelang emasnya seakan melambangkan kekayaan dan darjat mereka.
Sebab itu, banyak deretan kedai emas di Pulau Pinang kerana ramai yang suka membeli emas di sana. Tidak kurang juga dengan perempuan Kelantan yang selalu disebut suka memakai barang kemas, malah ramai juga peniaga wanita membuka kedai emas.Yang pasti tabiat suka beli emas memang menguntungkan.
Apa saja bentuk pelaburan emas yang ingin dipilih, mereka kena mahir buat pilihan. Yang penting beli barang kemas, pastikan ketulenan dan grednya, iaitu yang paling terbaik ialah 999 mengandungi ketulenan 24 karat (k), 916 (22k), emas paun (18k) dan pelbagai lagi.
Jika ingin simpanan jangka panjang, eloknya beli emas jongkong atau emas dinar. Yang penting jangan sampai terjerat akibat terlalu fanatik mahu cepat kaya hingga mahu membunuh diri atau diisytiharkan muflis.
p/s: Jadikan orang yang bijak merancang masa depan demi anak-anak dan keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan