Isnin, 22 Oktober 2012

iPHONE 5 BERSALUT EMAS DIJUAL DENGAN HARGA $5000 DI DUBAI



Telefon pintar iPhone 5 bersalut emas telah mula dijual di Dubai Mall sejak bulan September lepas. iPhone 5 mewah yang disaluti emas kuning 24 karat ini telah dikeluarkan oleh sebuah syarikat dari London, Gold & Co. pada 24 September lalu selepas 72 jam iPhone 5 dipasarkan di Britain.

Model iPhone yang berwarna hitam dan bersalut emas kuning tersebut akan dijual pada harga US$4,628 manakala model iPhone yang berwarna putih dan bersalut emas kuning pula akan dijual pada harga US$5,036, lapor akhbar 7 days.

Setiap telefon tersebut akan dibuat khas dengan nombor individu dan hadir bersama dalam sebuah kotak kayu buatan tangan berserta sijil ketulenan. Telefon tersebut telah pun dipamerkan di Collector's Palace di Dubai Mall pada pukul 7.30 petang.

Selepas pelancaran itu, telefon berkenaan akan mula dijual oleh wakil pengedar sah yang berdaftar dengan syarikat Gold & Co. seperti syarikat Damas di Timur Tengah, Evolve Lifestyle Group di India dan pejabat G&C London di Hong Kong.




Tiada ulasan: