BOLEH ATAU TIDAK BELI EMAS SECARA ANSURAN ATAU KUTU?
Mesti ramai yang masih keliru bab ni kan?? Jom kita tengok beli emas secara ansuran atau kutu dari perspektif Islam..boleh atau tak..Ramai pihak yang hanya merujuk kepada fatwa berikut :
e-fatwa (Parameter Pelaburan Emas)
Tahukah anda sebenarnya perkara ini ada khilaf ulama, maka janganlah kita memaksa pihak lain mengikut fatwa ini semata-mata atau sebaliknya.
Wang kertas ada khilaf, ulama ada bagitau ia setaraf emas, ada setengah ulama cakap ia tidak setaraf dengan emas. Kami iktikad ia tak setaraf kerana ia susut nilai dan penyusutan nilai wang kertas ini adalah riba tersembunyi.
So, macam iktikad khilaf ASB ada yang cakap haram, ada yang cakap harus. Pilihan masing-masing..Siapa iktikad setaraf emas dengan wang kertas, maka bila dia berbelanja wang kertas macam dia berbelanja emas. Jadi pada yang iktikad tak setaraf emas dengan wang kertas itu, dia tak termasuk dalam syarat jual beli emas dengan emas, mesti tunai dan serahan maksimun 3 hari.
Siapa iktikad setaraf, dia mesti patuh dengan syarat tunai dan tak lebih 3 hari. Ini berdasarkan pembacaan dan iktikad. Macam biasa, dalam bab khilaf kita tidak boleh paksa orang lain ikut kita.
Untuk faham dengan lebih lanjut, jom kita tengok video yang ada penjelasan mengenai perkara ini :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan