Isnin, 29 Oktober 2012

INFO BERKAITAN EMAS

PELABURAN EMAS :
  • Emas dan perak sudah digunakan sebagai mata wang sejak 6,000 tahun dulu ketika zaman Mesir Purba.
  • Pelaburan emas fizikal terbaik kerana pemilik emas boleh menilai dan memiliki emas dibeli.
  • Pelaburan emas berdasarkan harga emas tanpa mendapat produk emas dikategorikan sebagai haram kerana hanya membabitkan permainan harga tanpa memiliki emas sebenar.
  • Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas billion (jongkong), syiling emas, dinar emas atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.
  • Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama.     
          - Pertama : Penyusutan nilai dolar Amerika.
                            Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik.
          - Kedua : Harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi.
                          Apabila inflasi naik,  harga emas akan 
                          naik selaras dengan inflasi.
         - Ketiga : Kenaikan harga petroleum menyebabkan harga emas naik selari dengan
                        kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan.

MENGENAI EMAS :
  • Perkataan emas atau Gold berasal daripada makna perkataan bangsa Indo Eropah iaitu kuning @ yellow yang merujuk kepada logam menonjol sifatnya.
  • Dijangkakan semua emas di dunia sudah ditulenkan boleh membentuk kiub berukuran 20m (60 kaki) pada setiap sisi.
  • Sumber terbesar di dunia dijumpai di Witwatersand, Afrika Selatan dan menghairankan Afrika Selatan adalah peneraju pengeluaran emas dunia.
  • Antara mitos popular membabitkan emas, bandar purba di Lembah Amazon, Brazil yang dikatakan diperbuat sepenuhnya daripada emas dan diketuai oleh wanita.
  • Walaupun sehingga kini tiada siapa dapat mengesahkan cerita itu, bandar mistik berkenaan popular hingga hari ini dan menjadi buruan penjenayah harta karun kerana tiada siapa tahu lokasi sebenarnya.
  • Kaum Inca di Peru dikatakan rakyatnya disaluti emas dan menjadikan emas sebagai barang keperluan sehinggakan ada cerita yang mengatakan masih banyak lagi harta karun masyarakat yang sudah pupus dari bumi itu tersembunyi.

Tiada ulasan: