Isnin, 15 Oktober 2012

LESAP KETIKA SEDANG SUJUD

Seorang warga emas rugi RM25,000 apabila begnya yang mengandungi barangan kemas dan wang tunai dilarikan seorang lelaki ketika sedang sujud di surau Kampung Air Merah, Mersing pada 5 Oktober lalu. Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Supritenden Mohd Rashid berkata, dalam kejadian itu mangsa yang juga seorang perempuan sedang solat Maghrib di surau berkenaan.

"Mangsa berasal dari kampung berkenaan sedang sujud apabila begnya tiba-tiba dilarikan oleh seorang lelaki. Jemaah surau berkenaan kemudian mengejar suspek namun lelaki terbabit dapat melarikan diri dalam kegelapan malam," katanya.

Menurut Mohd Nor, mangsa membuat laporan berkaitan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing pada malam itu juga. Mohd Nor berkata, pihaknya menyerbu kediaman suspek yang juga sekampung dengan mangsa namun gagal menemui lelaki terbabit.

"Berikutan itu kami sedang mengesan seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Ikhwan Abdul Rahman, berusia 32 tahun bagi membantu siasatan kes ini. Mohd Ikhwan dipercayai menghilangkan diri ke Johor Bharu sejurus kejadian. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek diminta menghubungi IPD Mersing di talian 07-7992222 atau mana-mana balai polis berhampiran."katanya.

P/S : Simpan barang kemas anda ditempat yang selamat..Jangan dibawa ke hulu hilir..

Tiada ulasan: