Ahad, 4 November 2012

7 MASJID BERKUBAH EMAS DI DUNIA

1. Masjid Qubbah As Sakhrah / Dome of the Rock di Yerusalem, Palestina

Masjid Qubbah As Sakhrah atau di kenal dengan nama Dome of the Rock dibangun pada sekitar tahun 690M oleh Abdul Malik bin Marwan yang merupakan salah seorang raja dalam Bani Umayyah dan kemudian diikuti dengan pembangunan Masjidil Aqsa yang selesai pada tahun 710M. Masjid ini dahulu, di anggap sebagai masjid Al-Aqsa. Sebahagian orang menganggap bangunan ini bukanlah masjid melainkan hanya tompokan batu besar.

2. Masjid Al-Askari, di Samarra, Iraq

Masjid Al-Askari merupakan masjid syiah yang dibangun pada tahun 944M. Masjid ini terletak di Kota Samarra, Iraq. Namun, sayangnya masjid ini hancur pada bulan Februari 2006 akibat secara tidak langsung pencerobohan Amerika Syarikat ke Iraq.

3. Masjid Suneri, Lahore, Pakistan


Masjid Suneri memiliki 3 kubah emas, satu kubah utama, 2 lainnya di sisi kanan dan kiri. Masjid ini didirikan oleh Nawab Syed Bhikari Khan,anak Wakil Gabenor Lahore pada tahun 1753M.

4. Masjid Jame' Asr atau Masjid Bandar Seri Begawan di Brunei

Masjid yang merupakan bahagian dari kompleks Istana Bolkiah didirikan pada pertengahan tahun 1980-an untuk memperingati 25 tahun Sultan Hassanal Bolkiah berkuasa. Masjid ini memiliki 29 kubah yang diperbuat dari emas murni 24 karat. Bangunan yang terletak di tengah taman ini mempunyai luas hampir 2 hektar lebih.

Keseluruhan kawasan masjid ini dipagari dengan kisi-kisi besi dengan panjang kira-kira 1.082km. Terdapat lima pintu masuk ke lokasi ini, disamping dua pintu khusus untuk keluarga kerajaan dan tamu negara. Masjid ini memiliki 4 menara yang masing-masing tingginya 189 kaki, dimana ada sekitar 297 anak tangga pada setiap menara tersebut. Melalui menara ini, pengunjung boleh melihat pemandangan sekitar masjid dan juga pemandangan Bandar Seri Begawan dan Kampung Ayer.

5. Masjid Sultan Singapura

Tahun 1982, mendapat wang dari Kongsi Dagang Inggeris sebanyak SGD 3000, Sultan Singapura merekabentuk sebuah masjid yang ada di kawasan Little India. Perubahan lain ialah dengan mengganti kubah lama dengan kubah emas. Masjid ini menjadi masjid terbesar di Singapura, pada sekitar 80-an.

Di Singapura, seberapa besar pun masjid yang dibangunkan tetapi tiada pun bunyi azan boleh didengari. "Menganggu ketenangan," kata seseorang. Meskipun muslim perlu diingat tentang waktu solat tetapi kerana pemerintah tidak memahami kepentingan azan maka azan tidak dibenarkan disini. Oleh kerana umat Islam minoriti disini, maka mereka membunyikan azan secara perlahan tidak sampai didengari di luar masjid.

Satu-satunya masjid yang boleh membunyikan azan adalah Masjid Sultan di sekitar Arab Street. Masjid Sultan adalah masjid tertua kedua di Singapura dan dikategorikan sebagai National Heritage. Oleh sebab itu, ia dapat pengecualian.

6. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin Brunei

Brunei memiliki 2 masjid yang berkubah emas. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin adalah masjid yang mula-mula didirikan disini. Masjid ini digunakan pada tahun 1958, masjid ini terletak di tengah danau buatan yang bersih. Kubahnya diperbuat dari emas 24 karat. Kos pembangunannya adalah sebanyak USD 5 juta. Pada zamannya, Masjid Sultan Omar Ali merupakan salah satu bangunan terindah di dunia.

7. Masjid Dian Al Mahri di Depok, Indonesia

Masjid dengan kubah emas yang terbaru adalah Masjid Dian Al Mahri yang terletak di Depok, Jawa Barat..Lokasinya adalah di Jalan Meruyun, Kelurahan Limo, Kecamatan Cinere, Depok..

Tiada ulasan: