700 TON EMAS YANG DIBAWA KAPAL RUSSIA TELAH HILANG
Sebuah kapal yang membawa 9 krew dan 700 ton batuan emas dilaporkan hilang dalam satu kejadian ribut di Lautan Pasifik di pesisir pantai Russia. Kapal yang diberi nama "The Amurskoe" menghantar isyarat kecemasan ketika belayar dari Bandar Neran menghala ke Pulau Feklistov di kawasan perairan Okhost.
Kapal tersebut disewa oleh syarikat perlombongan emas Polymetal membawa kira-kira 700 ton batuan emas dari tempat perlombongan ke kawasan lain untuk diproses. Batuan emas adalah bahan mineral yang dikorek dari lombong dan mengandungi logam berharga.
Jurucakap Polymetal yang mengesahkan kehilangan jejak kapal tersebut berkata mereka belum mengenalpasti nilai sebenar kargo yang dibawa dan laluan yang digunakan bukanlah kali pertama kerana sebelum ini kapal yang sama turut berulang kali melalui laut tersebut serta tidak pernah berlaku kejadian yang diingini sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan