ADAB MEMAKAI EMAS UNTUK WANITA
Wanita memang terkenal sebagai golongan yang suka berhias bukan sahaja di badan malah setiap tempat. Disebabkan itu, kaum hawa ini lebih rajin berkemas rumah dan mengutamakan kebersihan diri.
1. TIDAK MEMBAZIR
Tiada barang kemas asli yang dijual dengan harga murah. Senipis mana pun ia masih tetap dijual pada harga yang tinggi. Jika anda berkemampuan, tidak salah untuk membeli sebanyak mana yang anda inginkan kerana ia juga merupakan satu pelaburan untuk jangka masa panjang. Lihat kemampuan diri sebelum membeli. Tidak perlu berlaku pembaziran jika anda tidak berkemampuan seperti membuat pinjaman.
2. BANGGA DIRI
Islam langsung tidak menggalakkan umatnya untuk bersifat riak atau bangga diri kepada orang lain. Sifat mazmumah ini adalah kesukaan syaitan yang suka menghasut umat Islam mengikut telunjuknya. Memakai barang kemas terlalu banyak di pergelangan tangan, leher dan juga jari adalah bukti anda suka menunjuk-nunjuk. Ia juga mendatangkan bahaya kerana mampu menarik perhatian perompak untuk mencuri barang kemas anda. Oleh itu, bersihkan hati dan cukuplah menyarungkan sebentuk cincin di jari manis.
3. GELANG BERLOCENG
Acap kali diperkatakan oleh alim ulama bahawa PEMAKAIAN GELANG BERLOCENG DILARANG SAMA SEKALI. Ini kerana ia menarik perhatian orang lain untuk memandang anda terutama golongan lelaki yang bukan mahram.
4. BENTUK HIASAN
Pelbagai bentuk cincin diukir bagi memenuhi kehendak pelanggan. Pemilihan bentuk menyerupai binatang dan seakan-akan salib memang tidak dibenarkan sama sekali. Selain itu, menyarung cincin dijari tengah ataupun telunjuk AMAT DILARANG kerana ia meniru kaum derhaka yang dilaknat oleh ALLAH SWT semasa zaman Nabi Lut as dahulu. Nabi Muhammad SAW pernah berkata kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah, berpesan jika memakai cincin, pakailah di jari manis dan kelingking (anak jari).
SUMBER : Dara.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan