Rabu, 28 November 2012

MALANG RENTAP RANTAI EMAS LELAKI BASUH KERETA


Tindakan seorang penjenayah merentap rantai emas milik seorang lelaki membawa padah apabila dibelasah sekumpulan penduduk selepas dia dan rakan yang menunggang motosikal gagal melarikan diri dalam kejadian di Taman Mesra, Jalan Sekerat Sungai Petani pada 25 November baru-baru ini.

Sebelum kejadian, mangsa,42 sedang membasuh kereta depan rumah dan didatangi dua lelaki berusia 40-an yang menunggang motosikal sebelum meragut rantai emas bernilai RM1,000 yang dipakainya, kira-kira jam 3 petang.

Saksi yang mahu dikenali sebagai Maran, 25 berkata, suspek tidak bernasib baik apabila perbuatannya dilihat penduduk yang menyerbu ke arahnya menyebabkan dia tidak sempat membonceng motosikal rakannya yang segera memecut.

"Lelaki terbabit ditahan dan dibelasah selepas dikejar penduduk kira-kira 200 meter sebelum diserahkan kepada anggota polis," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menahan seorang daripada peragut itu yang diberkas oleh orang ramai dan sedang memburu rakan suspek terbabit.

Tiada ulasan: