Rabu, 26 Disember 2012

9 INDIVIDU SAMAN SYARIKAT PELABURAN EMAS


KUALA LUMPUR: Sembilan pelabur emas memfailkan saman syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd dan empat pengarahnya termasuk anakanda Sultan Pahang, Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah untuk menuntut dipulangkan wqang pelaburan mereka, melebihan RM 2 juta. Noorazlywati Abu Bakar, 35,  Daud Muhammad, 63, Sofiah Halili, 42, Mohd Sabri Ibrahim, 55, Izuan Daud, 32, Mahmud Idris, 73,  Noor Asykeen Abu Bakar, 36, dan Noraini Jasneh, 30, memfail writ saman tersebut di pejabat Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Azman & Affendy. Mereka menamakan syarikat tersebut sebagai defendan pertama manakala Tengku Muhaini, 56, Philip Lim Jit Meng, 55, Ahmad Khairuddin Ilias, 54, dan Tan Liang Keat, 40, sebagai defendan kedua hingga kelima. Menerusi pernyataan tuntutan, mereka mendakwa terbabit dalam skin pelaburan emas berasaskan syariah yang diwujudkan oleh syarikat tersebut yang memberi jaminan yang menguntungkan.

Jelas mereka, bagi menyertai skim tersebut, kesemua plantif dikehendaki mendepositkan sejumlah wang terlebih dahulu bagi membeli jongkong atau kepingan emas daripada defendan dan akan diberi ganjaran sebanyak dua hingga lima peratus sebulan, bergantung kepada jumlah berat emas yang dibeli.Menurut mereka lagi, Daud telah membayar sebanyak RM405,250; Noor Asykeen RM20,100; Noorazylawati RM671,455 dan Noraini sebanyak RM40,000. Dalam tuntutan itu mereka menyatakan sehingga kini plantif masih gagal mendapatkan emas mereka dan mendakwa defendan membuat representasi palsu dengan menyatakan skim pelaburan itu adalanh menurut syariah sedangkan ia adalah sebaliknya. Mereka memohon satu perintah untuk mengarahkan Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkenaan memulangkan kembali wang pelaburan mereka itu. Turut dituntut ialah kadar faedah, kos serta relif lain.

Peguan Mohammad Saiddiq Azani yang mewakili kesemua plantif memberitahu Bernama bahawa writ saman tersebut akn diserahkan segera kepada defendan miggu depan.

Tiada ulasan: