KEWAJIPAN KEPADA PEMILIK BARANG KEMAS -ISLAM
MEMANG fitrah manusia sentiasa tertarik kepada harta dan suka mengumpulkan. Malah manusia tidak pernah puas dalam mengejar harta kejayaan. Hakikat, tidak ada ssuatu pun yang dapat menghalang kecintaan dalam mengejar harta kecuali kematian.Allah turut merakamkan kecintaan manusia kepada harta benda dalam firman-Nya yang bermaksud:
Dijadikan indah pada (pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, aiatu, wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kua pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga). (all-Imran: 14)
Hakikatnya ramai yang tidak menyedarinya bahawa harta yang dimiliki itu sebenarnya hak Allah S.W.T. Hak kita hanyalah sebagai 'pengurus' atau 'penjaga' denga kata lain sebagai khalifah di atas bumi ini dan sudah pastinya akan disoal semasa akhirat kelak 'mana harta itu dan kemana ia dibelanjakan.Oleh yang demikian itu, janganlah sesekali menganggap kekayaan yang dimiliki itu adalah hak mutlak kita dengan berbelanja sesuka hati termasuk ke jalan yang tidak diredhai Allah S.W.T.Nabi Muhammad S.A.W tidak mengajar umatNya menganggap harta sebagai penghalang untuk berbakti kepada agama dan meningkatkan mutu ibadat serta mendekatkan diri kedapa Allah S.W.T.Bahkan, Islam menyuruh umatnya mecari sebanyak mungkin harta asalkan tidak sampai melalaikan dan sentiasa mengingati Allah S.W.T.Malah, dalam al-Quran banyak disebutkan ayat yang menyeru umat Islam untuk mencari rezeki dan burusaha di atas muka bumi ini.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Dialah yang menjadikan bumi ini mudah bagi kamu, maka berjalan di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya kamu (kembali setelah) dibangkitkan. (al-Mulk)
Manakala dalam surah al-Jumu'ah ayat 10 pula Allah S.W.T menuntut kita mencari dan mengumpulkan harta.Malahan Rasulullah sentiasa berdoa agar dimasukkan dari kalangan orang yang kaya dan dijauhkan daripada kemiskinan dan ketakrifan.Persepsi yang menyebutkan bahawa umatnya hidup dalam keadaan miskin dan sentiasa mengharapkan simpati orang bukanlah syiar Islam.
Ini pernah ditegaskan dalam buku karangan ulama terkenal, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi bertajuk Masalah Dalam Kemiskinan dan Cara Islam Mengatasinya.
Dalam buku itu beliau menjelaskan kemiskinan boleh membawa seseorang melakukan perkara yang menjejaskan akidah serta membahayakan kepada fizikal dan mental seseorang sekali gus boleh menjejaskan negara.Bagi memastikan wujud keadilan antara yang miskin dan kaya, maka terdapat mekanisme zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam yang ada potensi untuk maju.Zakat emas yang termasuk dalam zakat harta terutama bagi golongan wanita yang suka berhias dan memakai barangan perhiasan daripada emas dan perak.Malah ada yang menjadikan pembelian perhiasan emas dan perak sebagai hobi.Sedangkan tanpa disedari disebalik hobi tersebut sebernarnya ada kewajipan yang perlu diberi perhatian.
Eksekutif Zakat PPZ-MAIWAP, Ahmad Husni Abd. Rahman memberitahu, kesedaran umat Islam di negara untuk mengeluarkan zakat emas dan perak menampakkan peningkatan."Ramai yang sudah mula menyedari kewajipan berzakat dan menunaikannya, ini dilihat menerusi statistik dari segi penambahan bilangan pembayar individu, syarikat dan sebagainya serta bilangan kutipan yang meningkat.
"Walaupun ada kesedaran yang baik tetapi masih perlu diusahakan kerana pasaran emas bukan lagi terhad kepada emas perhiasan atau emas yang disimpan dalam bentuk klasik semata-mata malah sudah melebar luas kepada emas dalam bentuk perdangan dari pelaburan," katanya ketika ditemui selepas bengkel Kilauan Firdausi anjuran Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Felda Holdings Berhad dan Habib Jewels Sdn. Bhd.
Ujar Ahmad Husni, kebiasaan bagi emas yang disimpan, tidak banyak isu yang dibincangkan. Perkara yang sering menimbulkan persoalan sama ada wajib berzakat atau tidak ialah membabitkan emas yang digadaikan dan dipakai sebagai perhiasan. Yang pertama ialah padanagan yang dikeluarkan oleh Umar bin al-Khattab, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Mas'ud, Abdullah bin Amr bin 'Ash, Sa'id bin al-Musayyab,Mujahid dan ramai lagi. Mazhab Hanafi dan Zaidiyah juga menyokong pendapat ini.Kedua pendapat mengatakan emas yang dipakai sebagai perhiasan tidak wajib dibayar zakat sebagaimana dikeluarkan oleh Abdullah bin Umar, Jabir bin Abdullah,Aisyah, Asma binti Abu Bakar, Anas bin Malik, dan ramai lagi. Mazhab Hambali,Maliki dan pendapat yang agak sama daripada Ja'fariyyah juga mendokong pendapat kedua ini.
Kata Ahmad Husni, setelah dilihat serta dikaji, kewajipan zakat emas yang dipakai ini dilihat kepada persoalan uruf (kebiasaan pemakaian) masyarakat. Jika melebihi keperluan maka dianggap sebagai bidaah dan keluar daripada norma keseimbangan. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud:
Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. yang lebih daripada keperluan.Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Ayat kepadamu supaya kamu berfikir.
Maka lebihan daripada uruf tersebut wajar dizakatkan. Uruf emas perhiasan di Wilayah Persekutuan adalah sebanyak 150 gram. Isu lain kata Ahmad Husni, adalah berkaitan nilaian untuk kiraan emas, sama ada dinilai secara purata atau mengikut harga semasa. Perkara ini katanya, masih dalam perbincangan yang akan diumumkan keputusannya. Melihat kepada nilai emas yang semakin meningkat menyebabkan emas digunakan sebagai pelaburan yang menguntungkan. Jelas Ahmad Husni, emas pelaburan wajib dizakatkan. ini berdasarkan kaedah fiqh dalam bab zakat dinyatakan: "Setiap harta yang berkembang aatau mempunyai potensi pengembangan dan produktif, maka ia adalah tabungan untuk zakat." Kecenderungan menjadikan emas sebagai komoditi harus dilihat kaedah zakatnya yang mungkin bukan lagi dalam bentuk fizikal tetapi lebih kepada pergerakan pelaburan yang mirip kepada zakat perniagaan.
Mengkaji tindakan mereka yang ingkar untuk membayar zakat, jelas Ahmad Husni, apabila seseorang itu telah mampu maka telah wajib untuknya mengeluarkan zakat tetapi dia menangguh-nangguhkannya maka tertdapat dua kesan ke atas dirinya:
Yang pertama, berdosa kerana dia dengan niat sengaja menangguh pembayaran dan seseorang itu juga menjadi penghalang orang fakir untuk mendapatkan haknya.
Yang kedua pula ialah hak ganti rugi fakir miskin terhadap 'ai harta yang diwajibkan zakat walaupun semua hartanya musnah. Ini kerana dia sengaja menagguh tanpa alasan dan dia terpaksa menaggung risiko kelalaiannya demi menjaga kepentingan orang yang lebih berhak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan